4 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Lelaki

Makanan Baik Kesihatan Lelaki

Sebenarnya banyak perbezaan antara lelaki dengan perempuan dalam segala perkara termasuk keperluan pemakanan. Sebagai pengetahuan, perempuan yang memerlukan nutrisi tertentu selama kehamilan atau perlindungan dari kanser payudara, lelaki juga perlukan nutrisi khusus yang dapat membantu mengekalkan otot badan dan mencegah kanser prostat.

Banyak makanan yang cenderung menjadi kegemaran di kalangan lelaki.

Berikut adalah 4 jenis makanan yang dapat meningkatkan kesihatan kelelakian.

1. Pisang

Pisang mempunyai sumber tenaga yang besar dan kaya kandungan kalsium yang diperlukan untuk menetapkan saraf, denyutan jantung, terutama tekanan darah. Diet yang kaya dengan kalsium dan magnesium juga ditemui dalam pisang dapat mengurangkan risiko strok.

Sebagai sumber vitamin B-6, pisang juga dapat membantu sistem kekebalan tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik, dan membantu metabolisme protein.

2. Tiram

Menurut Dave Grotto, RD, jurucakap Persatuan Dietetik Amerika, "Penyelidikan menunjukkan bahawa kandungan zinc dalam tiram dapat melindungi tubuh dari kerosakan sel yang mengarah ke kanser prostat." Selain itu, "Zinc juga berfungsi pada sistem pembiakan seksual lelaki termasuk peningkatan jumlah sperma , "kata Grotto.

Namun, menurut Grotto, anda perlu berhati-hati memakan tiram mentah kerana boleh berisiko terkena jangkitan Vibrio vulnificus.

3. Ikan berlemak Omega-3

Tidak ada senarai makanan sihat yang lengkap tanpa lemak mengandungi omega-3. Lemak tak tepu adalah lemak yang terpenting bagi tubuh kerana bermanfaat bagi jantung.

"Lemak Omega-3 adalah makanan anti-inflamasi yang boleh membantu menurunkan trigliserida dalam lemak, mengurangkan rasa sakit dan perit pada atlet, dan membantu penyembuhan artritis," kata Joy Bauer, MS, RD, pakar nutrisi penulis buku Joy Bauer 's Food Cures.

4. Brokoli

Selain itu, brokoli juga antara makanan yang baik untuk kesihatan lelaki kerana dapat membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Brokoli saraf dengan vitamin C, beta-karotena, kalium, dan fitokimia yang disebut sulphoraphane, (anti-kanser prostat dan kolon).

Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. Kalau pisang saya selalu sediakan di rumah,,, Salam kenal Lokman Hakim saya blogger dari Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam berkenalan jugak dari lokman...

      Delete

Powered by Blogger.