10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia
Berdasarkan kedudukan terbaharu penarafan yang diterbitkan AirlineRatings.com, sebuah firma rujukan sehenti keselamatan dan kualiti produk syarikat penerbangan dunia. MAS hanya memperoleh lima daripada keseluruhan tujuh bintang ditetapkan.
Tragedi yang menimpa dua buah pesawat Malaysia Airlines (MAS) tahun lalu menyaksikan syarikat penerbangan kebangsaan negara itu tidak termasuk dalam senarai 10 syarikat udara paling selamat di dunia.
Menerusi senarai terkini dikeluarkan semalam, laman web firma penarafan antarabangsa yang berpusat di sini, membuat kejutan apabila menamakan Qantas Australia sebagai syarikat penerbangan premium paling selamat di dunia untuk tahun 2015.
Ia menimbulkan tanda tanya kerana secara kebetulan pada 8 Disember tahun lalu, syarikat penerbangan kedua tertua di dunia itu selepas KLM Belanda mencipta rekod melakukan tiga pendaratan kecemasan dalam tempoh 24 jam di tiga destinasi berbeza.
Untuk kategori syarikat tambang rendah paling selamat di dunia, AirAsia yang baharu ditimpa tragedi pada 28 Disember lalu juga tidak termasuk dalam senarai malah penarafan bagi syarikat itu ‘digantung’ daripada sebarang penilaian kriteria.
Aer Lingus Ireland mendahului senarai disusuli Alaska Airlines Amerika Syarikat (AS), Icelandair Iceland, Jetblue AS, Jetstar Australia, Kulula Afrika Selatan, Monarch Airlines Britain, Thomas Cook Britain, TUIfly Jerman dan Westjet Kanada.
Senarai itu melibatkan 449 syarikat penerbangan premium dan tambang rendah dari seluruh dunia dinilai teliti sepasukan lapan penulis berpengalaman dalam bidang pengangkutan udara termasuk isu keselamatan dan tahap kepuasan pelanggan.
Namun MAS dan AirAsia masih dianggap sederhana baik kerana menurut ketua editor AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas, ada yang cuma dapat satu bintang iaitu Agni Air Nepal, Kam Air Afghanistan, Nepal Airlines, Scat Kazakhstan dan Tara Air Nepal.
Kelas Ekonomi Jarak Jauh:
Air New Zealand
Singapore Airlines
Emirates UAE
Qantas Australia
Etihad UAE
Swiss International
Qatar Airways
Royal Jordanian
Eva Air, Taiwan
Malaysia Airlines
Kelas Ekonomi Premium:
Air New Zealand
Virgin Atlantic
Eva Air
Qantas Australia
British Airways
Cathay Pacific Hong Kong
Japan Airlines
All Nippon Airways Japan
Virgin Australia
China Southern Airlines
Kelas Perniagaan Jarak Jauh:
Emirates UAE
Singapore Airlines
Qantas Australia
Qatar Airways
Etihad UAE
Cathay Pacific Hong Kong
Virgin Atlantic, Britain
Air New Zealand
Asiana, Korea Selatan
Korean Airlines
Kelas Pertama:
Emirates UAE
Etihad UAE
Qatar Airways
Qantas Australia
Singapore Airlines
Cathay Pacific Hong Kong
Asiana Korea Selatan
Japan Airlines
All Nippon Airways, Jepun
Korean Airlines
Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia:
Changi, Singapura
Chek Lap Kok, Hong Kong
Dubai, UAE
Suvarnabhumi Bangkok, Thailand
KLIA Sepang, Malaysia
Beijing Capital, China
Incheon Seoul, Korea Selatan
Schiphol Amsterdam, Belanda
Abu Dhabi, UAE
Munich, Jerman
Post a Comment