10 Perkara Ini Anda Harus Tahu Ketika Berada Di Sydney
Australia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada tanah besar, yang merupakan benua terkecil di dunia. Sebahagian besar dari Australia terdiri daripada gurun dan tanah separa gersang. Namun begitu, ia masih mempunyai hutan hujan, padang rumput serta paya bakau.
Ianya turut terkenal dengan kangaroo yang turut terlihat pada jata negara Australia. Serta kawasan-kawasan yang menarik, dengan pemandangan indah yang menjadi sebab pelancong pergi ke Australia.
Bagi bandar yang terbesar di Australia, Sydney menjadi antara pusat pelancongan yang popular di Australia, ramai pelancong tidak akan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Sydney yang dikenali dengan Harbour Bridge, juga Opera House. Tapi, jika anda merancang untuk ke Sydney, terdapat beberapa perkara yang anda harus tahu.
10 perkara yang anda perlu tahu sebelum masuk ke Sydney, Australia
1) Mesti beli opal card untuk menaiki public transport di mana-mana kedai runcit termasuk 7e
2) Hari Ahad hanya $2.50 sahaja di cas kepada pelanggan yang ingin mengelilingi Sydney
3) Ayam mentah halal jenama LILYDALE ada jual di supermarket.
4) Jangan langgar lampu isyarat perjalanan kaki anda boleh di kenakan saman.
5) 6 jam dari bandar ke tempat salji nsw (Perisher mountain) musim sejuk bulan 5,6,7
6) 3 jam dari bandar untuk melihat bukit-bukit yang cantik (Blue mountain)
7) Boleh sewa kereta bagi yang mampu. ( Hertz , rentalcar , carnextdoor , etc)
8) Download app penting untuk lihat jadual perjalanan transport (Opal travel , TripViewLite)
9) Terdapat 4 pengangkutan awam di Sydney (Feri , kereta api , light train dan bas)
10) "Boxing day" iaitu hari semua kedai membuat sale 30%-70% pada bulan krismas pada tarikh 26-27 disember.
Post a Comment