Review Product 'Dalacin T' Membantu Masalah Jerawat


Pagi ne rajin pulak aku nak kongsikan satu entri mengenai review produk 'Dalacin T' yang ramai pengguna mengatakan amat baik untuk kulit mereka, dapat kurangkan jerawat pada wajah mereka. Aku mula mencari maklumat mengenai produk tersebut.

Oleh itu, aku mengambil keputusan mencuba produk tersebut memandangkan ia memberi kesan positif kepada kulit. Hampir 3 bulan aku cuba pakai produk tersebut, dan ia amat membantu mengurangkan masalah jerawat yang aku alami sekarang. Sebab sebelum ne pon banyak produk aku dah try, tapi masih mampu memberi kesan baik pada kulit aku. Still je jerawat duk tumbuh.

Alhamdullilah ia memberi kesan baik dan sehingga sekarang aku masih setia gunakan produk Dalacin T tersebut. Satu lagi produk ne harganya pon berbaloi, hanya RM 40 something saja.

Tapi ingat sebelum guna produk tersebut perlulah cuci muka dengan pencuci muka terlebih dahulu. Takutlah kalau tak bersih muka dulu, boleh memberi kesan negatif pulak. Kalau anda hendak cuba produk tersebut bolehlah cuba dari sekarang. Bagi aku amat memberi impak baik untuk masalah jerawat anda.

Tips Penggunaan Produk Dalacin T:

-Pastikan cuci muka dengan pencuci muka terlebih dahulu sebelum memakainya
-Pastikan muka perlulah keadaan kering sebelum memakainya
-Elakkan memakai produk lain sekiranya sudah memakai 'Dalacin T'
-Perlulah simpan pada suhu yang betul, tidak melebihi 25 °

Belum cuba, belum tahu. Kalau anda kurang mengenali produk Dalacin T ne atau ingin menanya mengenai produk tersebut, bolehlah komen dibawah.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.