Perbezaan Antara Uber dan Grabcar


Pagi nih saya nak kongsikan apa perbezaan antara Uber dan Grabcar. Dan apa kebaikan kedua-duanya? Mesti anda ingin tahu kan!

Dengan perkembangan teknologi semakin pesat, Uber dan Grabcar dua alternatif yang menjadi pilihan penumpang, kini kian popular di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, dan sebagainya.

Uber dan Grabcar mempunyai sistem yang sama ialah memerlukan aplikasi yang dimuat turun dan proses membayar pun sama iaitu sama ada tunai atau kredit. Namun apakah bezanya yang perlu kita ketahui agar kita dapat buat pilihan yang bijak!

1-Jarak dan Masa

Uber akan caj RM0.50 setiap kilometer manakala Grabcar akan dicaj RM1.00 setiap kilometer. Manakala kiraan masa Uber akan di caj RM0.25 setiap minit manakala Grabcar pula tanpa bayaran apa-apa.

Maknanya tambang Grabcar lebih mahal berbanding Uber sekiranya anda mengambil jarak perjalanan jauh. Namun tambang Uber pula akan lebih mahal sekiranya anda berada dalam jalan sesak kerana ia memakan masa.

2-Pemasangan Aplikasi Smartphone

● Uber boleh memuat turun aplikasi Uber dalam Google Play atau App Store.

● Grabcar boleh memuat turun aplikasi Grab atau MyTeksi dalam Google Play atau App Store.

3-Jenis Kenderaan

Uber dan Grabcar kedua-duanya harus mempunyai kenderaan sekurang-kurangnya empat pintu. Namun Grabcar meminimumkan kepada kenderaan jenis Myvi manakala Uber pula Viva.

Uber dan Grabcar masing-masing mempunyai kelemahan dan kelebihan. Apa yang membezakan adalah perkhidmatan sahaja! Jadilah pengguna yang bijak.

Semoga bermanfaat untuk anda!

2 comments:

Powered by Blogger.