Pelakon Terkenal ‘The Rock’ Ingin Bertanding Sebagai Presiden Amerika Syarikat Pada Tahun 2020
Dwayne Johnson atau lebih mudah dikenali dengan panggilan ‘The Rock’, yang merupakan pelakon dan ahli gusti terkenal WWE ini dikatakan bakal mengikuti jejak Donald Trump dan akan mencalonkan dirinya sebagai Presiden Amerika pada tahun 2020.
Selepas mencapai kejayaan yang baik dalam dunia hiburan, terkini The Rock mahu cuba nasib terjun di dalam dunia politik pula. Ketika mempromosikan filem Disney ‘Moana’ yang dibintanginya baru-baru ni, Dwayne mengaku untuk mempertimbangkan dirinya sebagai calon presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020 nanti.
Bukan setakat mahu tawan gelanggang sahaja, malah rumah putih juga!. ‘Saya mempunyai kebolehan merangsang orang lain dalam cara positif dan terus menolak mereka ke hadapan, dalam masa yang sama saya ‘menolak’ diri sendiri , kerana setiap hari saya walk the talk, dan itu pada saya, adalah satu kualiti diri yang penting.’ kata Dwayne.
Ini bukan kali pertama Dwayne membuat kenyataan untuk mencalonkan dirinya sebagai Presiden AS, sebelum ini Dwayne kerap juga memuat naik status di laman sosial berkenaan isu yang sama.
Adakah impian The Rock untuk menjadi Presiden Amerik Syarikat pada umurnya 48 tahun akan tercapai?
Sumber: NST
Post a Comment