Pasukan Atletico Nacional Mahu Chapecoense Diisytihar Juara Copa Sudamericana Selepas Nahas Pesawat


Pasukan lawan yang sepatutnya bertemu dengan pasukan Chapecoense, Atletico Nacional, mahu gelaran juara diberikan kepada pasukan itu yang terlibat dalam nahas pesawat seterusnya mengorbankan hampir kesemua anggota pasukan kelab terbabit.

Chapecoense dan Atletico Nacional sepatutnya berentap dalam aksi 'first leg' final Copa Sudamericana pada Rabu.

Pemain Atletico Nacional, Garcia, mengetuai seruan kepada South American Footbal Federation (CONMEBOL) supaya berbuat sedemikian dengan memberikan trofi kepada kelab malang itu.




"Kami mahukan Chapecoense Diisytihar sebagai juara", Garcia memberitahu stesen televisyen Brazil.

"Kami menunggu keputusan dari CONMEBOL Pihak berkenaan (pihak berkuasa & CONMEBOL) akan berbincang tetapi kami mahu mereka menjadikan pasukan itu sebagai juara.

"Ia apa yang kami mahukan. Ini adalah satu inisiatif daripada kami dan saya tahu, ia apa yang dimahukan oleh seluruh dunia bola sepak", kata Garcia selain menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Setakat ini, keputusan masih belum dibuat oleh CONMEBOL namun dijangka kelab Chapecoense akan diisytihar sebagai juara beberapa hari lagi.

Sumber: Telegraph

No comments

Powered by Blogger.