Panduan Mudah Sebelum Membeli Laptop

Panduan Mudah Sebelum Membeli Laptop

Kini, dunia telah berkembang pesat dengan pelbagai kemodenan dan kecanggihan teknologi ke saban hari. Apatah lagi jika anda bergelar seorang pelajar terutamanya anda yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi, samada swasta mahupun kerajaan anda sangatlah dituntut untuk bersikap lebih bijak dan intelektual.

Dengan pelbagai kemudahan seperti laptop masa kini, segalanya dihujung jari. Sehingga hari ini, terdapat pelbagai jenis model laptop yang ada di pasaran. Tidak dinafikan juga, semua model ini adalah direka dengan spesifikasi yang canggih dan sangat sesuai digunakan oleh seseorang pelajar.

Entri kali ini saya nak kongsikan beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum anda membuat sesuatu keputusan untuk membeli laptop.

Panduan Mudah Sebelum Membeli Laptop

1) Kenalpasti Jenis Model Laptop

Dunia sekarang, laptop didapati mempunyai pelbagai jenis model dari beberapa jenis pengeluar. Antaranya yang terkenal Acer, Compaq, HP, Dell, Toshiba, Apple dll. Kalau di Malaysia, laptop Acer paling diminati orang ramai dan di peringkat dunia pula laptop Dell menjadi pilihan utama pengguna.

Disini saya cadangkan beberapa link di bawah sekiranya anda ingin membuat survey mengenai laptop:

- Lowyat.net (check bahagian pricelist)
- Lowyat.net (Mobile Computing)
- Lowyat.net (Komputer Garage Sales)
- PC Depot (pricelist)

2) Semak Harga

Yang kedua mengenai harga sesebuah laptop. Kebiasaannya untuk harga RM 1400 dan ke bawah laptop ini tidak disertakan dengan Original Window Operating System. Kebanyakannya pakai yang cetak rompak (bukan original). Kalau ada pun selalunya akan disertakan Operating system yang Starter Edition sahaja.

Info Penting:
Kalau nak cek laptop anda guna Original OS boleh tengok di bahagian bawah laptop. Kalau ada COA (Certificate of Authenticity) dari Microsoft, maknanya WINDOWS ORI.

3) Semak Spesifikasi Laptop

a) Processor

Processor menjadi keutamaan kepada pembeli sebelum membuat sesuatu pembelian. Antara contoh processor yang biasa digunakan oleh kebanyakan komputer riba adalah seperti Intel dan AMD. Setiap jenis processor ini juga mempunyai generasi keluaran seperti Intel i3, i5, i7 dan banyak lagi sebelumnya. Lazimnya, AMD ini sangat sesuai untuk pengemar gaming. Kalau yang minat main game tu lebih baik pakai AMD!

b) Hard Disk Drive (HDD)

HDD adalah tempat simpanan data dan kebiasaannya mempunyai beberapa kapasiti pilihan seperti 320GB / 500GB / 640GB / 1TB / 1.5TB dan 2TB. Standard kelajuan bagi sesebuah HDD laptop selalunya RPM 5400. Selain itu ada juga HDD yang berkelajuan RPM 7200, RPM 10 000, RPM 15 000. Makin tinggi RPM tersebut maka makin laju dan harga HDD tersebut pun akan mahal.

c) RAM

RAM perlu juga menjadi keutamaan sebelum membeli laptop. Apa itu RAM? RAM adalah singkatan kepada "Random Access Memory", yang membawa maksud memori capaian rawak. RAM menyediakan ruang kepada komputer riba anda untuk membaca dan menulis data yang akan dicapai oleh CPU komputer anda. Standard laptop sekiranya kerja yang melibatkan sedikit photo dan video editing, sesuai dengan kapasiti 4GB. Kalau kerja anda setakat update blog, taip dokumen kerja dalam Word, Powepoint dan surfing internet, 2GB dah cukup memadai. Sekiranya anda penggemar gaming, lebih elok menggunakan RAM 8 GB.

d) Graphic Card

Kalau beli laptop yang ada graphic card canggih, pastikan anda membeli pakej tambahan warranty. Yang tu penting, sebab apa sekiranya anda ini penggemar gaming, kebarangkalian untuk graphic card rosak juga tinggi. Bukanlah tak tahan, cuma benda ni berkaitan dengan wear & tear, lagi banyak guna, jangka hayat perkakasan lagi rendah.

e) Lain-lain komponen

Lain-lain komponen seperti Skrin, Speaker, Web Cam, Bluetooth, Battery, Wireless dll biasanya tidak banyak mempengaruhi performance sesebuah laptop tersebut. Seperti contoh bateri laptop mempunyai beberapa jenis seperti 4-cell, 6-cell dan 9-cell. Jika inginkan bateri yang tahan lama dipilih bateri 6-cell dan 9-cell.

Selamat membuat pembelian laptop yang anda idamkan! Sebelum beli, ingat tips ini terlebih dahulu!

No comments

Powered by Blogger.