Mengalirnya Sungai di Gurun Tandus Arab Salah Satu Tanda Akhir Zaman


BANYAK fenomena yang terjadi di dunia ini di luar logik dan fikiran manusia. Termasuk fenomena unik yang berlaku di sebuah padang pasir Timur Tengah. Iaitu aliran deras sungai pasir bercampur ais sebesar kelereng. Padahal penampakan tersebut tak lazim, apatah lagi di kawasan padang tandus seperti itu.

Penduduk tempatan kelihatan terkejut ketika menyaksikan kejadian tersebut. Saat butiran pasir bercampur butiran es mengalir di Empty Quarter yang terletak di Arab Saudi, salah satu padang pasir terbesar di Bumi.

Perubahan cuaca yang tengah terjadi di Timur Tengah, menyebabkan pola yang tidak biasa, termasuk timbul hujan es.

Berdasarkan kajian Profesor Alfred Kroner, seorang ahli geologi terkemuka dunia, dari Jabatan Sains Bumi, Institut Geosciences, Johannes Gutenburg University, Mainz, Germany. Dia mengatakan bahawa Era Salji Baru (New Snow Age) saat ini telah bermula, sekarang salji di kutub Utara sedang merangkak / beralih perlahan-lahan ke arah Semenanjung Arab, pada saat itu iklim dataran Arab berubah dan menjadi salah satu daerah yang paling subur dan hijau di muka bumi. Ini merupakan fakta sains yang tidak boleh dibantah.

Kejadian dan fenomena alam yang menakjubkan juga terjadi di tanah jazirah arab, dimana di padang pasir yang tandus secara berlahan menjadi hutan tropika yang menghampar menghijau. Kebenaran Rasulullah SAW sebagai pembawa risalah kepada seluruh umat manusia haruslah diyakini 100% oleh semua umat manusia.

Kita sebagai umat Islam, turunnya salji di arab saudi ini bukan merupakan hal yang aneh dan ajaib, kerana bersangkut kita Rasulullah SAW telah menyabdakan 1400 tahun yang lalu, ketika para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kapan datangnya hari kiamat. Rasulullah SAW menjawab, bahawa pengetahuan mengenai datangnya hari kiamat hanya ada pada sisi Allah SWT.

Tetapi Allah SWT telah memberitahukan tanda-tandanya kepada Rasulullah SAW, antara lain sebagaimana diterangkan dalam salah satu hadis Rasulullah Sallallahu A'laihi Wasallam, "Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai , "(HR Muslim).

Waallahualam...

No comments

Powered by Blogger.