Inilah Sebab Mengapa Allah Menciptakan Wanita dari Tulang Rusuk
KITA pasti sudah sering mendengar kenyataan bahawa wanita tercipta dari tulang rusuk dari lelaki. Namun, benarkah persoalan itu? Lalu, apa makna atau sebab dari penciptaan para wanita dari tulang rusuk lelaki? Mesti ada alasan yang tersendirinya.
Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawa nabi shalallahu' alayhi wasallam bersabda, "Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka sikapilah para wanita dengan baik, "(HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186).
Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara lelaki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita. Berbuat baik terhadap mereka, tidak menzalimi mereka dan sentiasa memberikan ha-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan. Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi shalallahu 'alayhi wasallam, "Berbuat baiklah kepada wanita."
Dikutip dari muslim.or.id, Hal ini jangan sampai terhalangi oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan kerabatnya, baik berupa perkataan maupun perbuatan kerana para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi shalallahu 'alayhi wasallam bahawa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.
Sebagaimana diketahui, bahawa yang paling atas itu adalah yang setelah pangkal rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Kerana itulah disebutkan dalam hadis lain dalam ash-Shahihain.
"Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih dapat menghilangkan akal lelaki yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita)," (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80).
Hadis Nabi shalallahu 'alayhi wasallam yang disebutkan dalam ash shahihain dari hadits Abu Said al-Khudri radhiyallahu' anhu. Makna "kurang akal" dalam sabda Nabi shalallahu 'alayhi wasallam adalah bahawa persaksian dua wanita sebanding dengan persaksian seorang lelaki.
Sedangkan makna "kurang agama" dalam sabda beliau adalah bahawa wanita itu kadang selama beberapa hari dan beberapa malam tidak solat, iaitu ketika sedang haid dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.
Maka hendaknya wanita mengakui hal ini sesuai dengan petunjuk nabi shalallahu 'alayhi wasallam walaupun ia berilmu dan bertaqwa, karena nabi shalallahu' alayhi wasallam tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu beliau sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
"Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). "(Qs. An-Najm: 4).
Waallahuallam...
Post a Comment