Inilah Pantang Larang Jika Anda Ingin Minum Madu


Tahukah anda minuman madu mempunyai pelbagai 1001 khasiat yang memberi kebaikan untuk kesihatan tubuh badan kita. Disini, saya akan kongsikan pantang larang jika anda ingin minum madu:

Berikut adalah:

-Jangan minum terlalu banyak madu pada suatu masa, bimbang terlalu panas untuk badan anda, terutamanya jika anda minum madu Tualang. Sebaik-baiknya ialah amalkan sedikit setiap hari, kerana seperti biasa, yang terbaik ialah bersederhana dalam Islam.

-Jangan minum madu bersama tembikai. Jika anda mahu ambil kedua-duanya, pastikan anda selangkan masa makan / minum salah satu itu selama 4 jam.

-Untuk memelihara khasiat madu lebah, jangan simpan di dalam peti ais / freezer, kecuali anda ingin menguji keaslian madu lebah. Jika bertujuan untuk menguji keaslian, memadailah jika anda mengambil sedikit sampel untuk diuji.

-Gunakan sudu bukan-logam atau besi untuk mengambil / membancuh madu. Ini juga untuk memelihara khasiatnya. Bagaimanapun, jika anda menggunakan sudu logam / besi, anda masih akan dapat khasiatnya, cuma mungkin sedikit kurang.

No comments

Powered by Blogger.