Inilah Jawapan Mengapa Lantai Masjidil Haram Tetap Dingin Walaupun Cuaca Panas
Tahukah anda Arab Saudi mempunyai sebahagian besar wilayah yang terdiri dari gurun pasir, sehingga cuacanya sangat panas, dan boleh dikatakan sangat ekstrem. Sehingga bagi calon jamaah haji yang berasal dari luar Arab sangat diharapkan dapat menjaga keadaan tubuhnya di tengah cuaca ekstrem tersebut agar dapat menjalankan satu siri rukun ibadah haji dengan sempurna.
Salah satu rukun haji adalah melakukan Tawaf. Tawaf adalah ibadah mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali putaran dan diikuti dengan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT.
Tawaf umumnya dilakukan pada siang hari ketika matahari sedang terik. Namun, kenapa orang yang melakukan tawaf tidak merasakan panas di telapak kakinya padahal lantai yang dipijak berasal dari marmar yang akan panas jika terkena sinaran matahari.
Pelbagai anggapan dan dugaan pun datang, mulai dari anggapan bahawa di bawah lantai dipasang AC sehingga terasa sejuk di siang hari. ada juga yang beranggapan bahawa di bawah lantai dialiri air sehingga lantainya terasa sejuk.
Mengapa Lantai Masjidil Haram Tetap Dingin Walaupun Cuaca Panas?
Semua anggapan tersebut ternyata salah. Sama sekali tidak ada AC atau aliran air di bawah lantai Masjidil Haram. Lantai yg terasa sejuk ini kerana bahan dari lantai marmar itu adalah jenis Thassos. Yaitu marmar asli yang berasal dari Yunani.
Marmar ini mempunyai sifat yang mempunyai kesan sejuk jika terkena panas dan sebaliknya. Hal ini dijelaskan langsung oleh Ketua Penyelidik Masjid, Abdul Mohsin bin Hamid.
"Tidak hanya lantai, bahkan setiap bilik dalam Masjidil Haram akan terasa sejuk walaupun cuaca begitu ekstrim," ungkapnya.
Kerana lantai marmar inilah, setiap orang yang tengah melaksanakan ibadah tawaf tidak akan merasa panas di telapak kakinya meskipun tanpa memakai alas kaki dan tidak perlu berjalan berjingkat-jingkat ketika melakukan tawaf di siang hari. Marmar ini sangat mahal harganya.
Semoga bermanfaat!
Post a Comment