Cara Semak e-Penyata Gaji Secara Online

APA itu e-Penyata Gaji (e-Gaji) sebenarnya? e-Penyata Gaji adalah satu sistem dimana membolehkan kakitangan awam membuat semakan gaji mereka dengan melalui online sahaja. Mudah kan! Perkhidmatan e-Penyata Gaji ini telah disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) secara percuma melalui di portal anm.gov.my. Tapi bagaimana cara untuk menyemak e-Penyata Gaji anda

              

Disini saya akan kongsikan cara menyemak e-Penyata Gaji secara online.

Cara Semak e-Penyata Gaji Secara Online:

-Anda boleh layari laman web di http://www.anm.gov.my/

-Klik pada pautan 'Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan'

-Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru sebelum membuat sebarang semakan

-Setelah mendaftar, anda boleh login akaun dengan memasukkan No. Kad Pengenalan, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan

-Siap. Maklumat gaji anda akan tertera di paparan anda

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.