Cara Semak Baki Peminjam PTPTN Secara Online dan SMS

DENGAN pelbagai kecanggihan teknologi yang pesat, tidak hairanlah semua kerja hanya dihujung jari sahaja. Tahukah anda sebagai peminjam PTPTN anda boleh semak baki PTPTN secara online dan SMS?

             

Tapi bagaimana caranya? Sudahkah anda melunaskan hutang PTPTN anda? Kalau anda tidak membayar hutang PTPTN, nama anda akan 'Blacklist' oleh mana-mana bank.

Disini saya akan kongsikan cara menyemak baki PTPTN secara online dan SMS.

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Semak Secara Online:
1-Anda boleh klik pada laman web https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html

2-Sertakan No. Kad Pengenalan, No. Pinjaman PTPTN dan tekan butang 'Semak'

3-Baki PTPTN anda akan tertera di paparan anda

Melalui SMS:
1-Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>No. Pin dan Hantar ke 15888

Untuk makluman lanjut, anda boleh hubungi PTPTN melalui talian hotline 03-20804455.

Semoga bermanfaat kepada peminjam-peminjam PTPTN!

No comments

Powered by Blogger.