Cara Periksa Laporan CTOS Dan CCRIS Menggunakan Telefon Pintar
Cara-cara periksa CTOS dan CCRIS di hujung jari:
Langkah download laporan CTOS
1. Download aplikasi “CTOS” di Apps Store/Play Store.
2. Tekan butang “Sign Up” untuk pertama kali.
3. Isikan maklumat yang diminta.
4. Upload gambar kad pengenalan untuk pengesahan.
5. Selesai semua langkah, klik “Submit” untuk pihak CTOS hantarkan laporan anda (perlu tunggu 3 jam waktu bekerja).
6. Anda akan terima laporan kewangan melalui e-mel.
7. Anda juga boleh “Log in” aplikasi untuk melihat rekod kewangan anda (boleh tengok credit score meter sama ada Excellent atau Very Weak).
Ada apa dalam laporan CTOS?
-Boleh tengok rekod pembayaran sendiri di bank ada tunggakan atau tidak.
-Boleh tengok jumlah hutang dan baki hutang di bank.
-Boleh tengok hutang-hutang yang telah dikumpul.
-Boleh tahu jika nama anda dalam pemerhatian khas atau blacklist.
Post a Comment