Cara Membuang Toolbar Yang Menggangu Pada Komputer
Kadang-kala, sering kali ketika memasang sesuatu perisian, ia turut hadir dengan toolbar yang dipasang secara automatik. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai dan sering menganggu pengalaman pelayaran web anda.
Setiap toolbar yang dipasang ini boleh dibuang melalui Control Panel, tetapi mungkin bagi pengguna baru, mereka tidak suka akan kaedah ini.
Untuk memudahkan proses tersebut, salah satu perisian yang membantu adalah ADWCleaner. ADWCleaner merupakan salah satu perisian percuma untuk Windows yang membolehkan pengguna untuk membuang toolbar, adware, dan pelbagai perisian yang tidak diingini dengan mudah.
ADWCleaner ini tidak dipasang pada komputer, dan beroperasi lebih kurang menyerupaiportable-apps, di mana ia boleh dijalankan selepas ia dimuat-turun tanpa melalui proses pemasangan.
Sebaik sahaja menjalankannya, pengguna boleh memulakan proses pengimbasan, dan seterusnya membuang pelbagai toolbar dan perisian yang tidak diingini dengan klik pada "Clean".
Apa pun, sebelum membuat proses "Clean", sila pastikan sama ada perisian yang akan terkesan dengan klik pada setiap tab dan melihat apakah yang akan dibuang.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun ADWCleaner hari ini dan memastikan komputer anda terus bebas daripada perisian yang tidak diingini ini.
Post a Comment