Cara Melakukan Perawatan Spa di Rumah


Anda tahu tak anda boleh melakukan rawatan spa di rumah saja tanpa pergi ke pusat spa lagi. Mudah kan! Tapi bagaimana caranya!

Rawatan spa di rumah dapat menenangkan serta mencantikkan diri anda dan mudah tidak perlu lagi dilakukan di salon atau tempat rawatan spa yang mahal. Tentukan satu hari khas yang bebas daripada gangguan apa pun, matikan telefon bimbit, dan nyalakan beberapa batang lilin untuk melengkapkan suasana tersebut.

Anda disini boleh lakukan aktiviti seperti berendam dalam air panas dan lakukan rawatan muka (facial).

Berikut adalah cara melakukan perawatan spa di rumah:

1-Mandi Berendam Air Panas

-Pertama, sediakan air panas dalam tab untuk berendam. Lengkapkan tab mandi untuk berendam (tab) dengan air bersuhu tepat mengikut selera anda. Sementara menunggu air memenuhi tab, redupkan atau matikan lampu dan nyalakan beberapa batang lilin. Lebih dari itu, buatlah diri anda relaks dengan melakukan hal-hal yang anda sukai. Misalnya: Hidupkan muzik kegemaran anda.

-Tambah garam mandi (bath salt), minyak essential dan bahan-bahan lain ke dalam air. Ini adalah cara yang bagus untuk meningkatkan kualiti air sekaligus memberi anda manfaat aroma terapi. Anda juga bebas untuk menambah sabun buih, minyak mandi, bom mandi (bath bomb-produk spa mengandungi asid dan soda yang meletup-letup jika dimasukkan ke air), dan bahan apa pun yang dapat membuat anda merasa relaks.

Jika mahu, anda boleh menambah susu dan oatmeal ke dalam tab berendam, kerana kedua-dua bahan tersebut mengandungi kesan melembapkan dan sangat bagus untuk kulit kering.

-Cuba gunakan topeng kulit. Pada masa melakukan rawatan spa di salon, mungkin anda diberi tawaran untuk memilih antara topeng rumput laut atau topeng lumpur. Tidak mudah bagi pemula melakukan rawatan tersebut di rumah, tetapi anda boleh membuat sendiri topeng "lumpur" dengan mudah menggunakan lumpur kosmetik. Hasilnya, kulit anda akan terasa segar dan mulus.

-Lakukan eksfoliasi (pengangkatan sel-sel kulit mati). Gunakan loofah (sabut mandi yang berasal buah daripada sejenis tanaman mirip mentimun) atau lulur badan untuk melakukan eksfoliasi dengan sempurna. Apabila keluar dari tab berendam, kulit anda akan terasa lembut, halus, dan lebih segar.

-Keringkan kulit anda dan gunakan losyen berkhasiat. Setelah seluruh tubuh tertutup losyen, sebelum anda berpakaian kenakan dahulu mantel mandi beberapa saat agar losyen / krim tersebut diserap oleh kulit.

2- Melakukan Perawatan Wajah

-Lakukan eksfoliasi wajah dengan lembut. Basahi wajah dengan air suam dan gunakan tuala / tuala badan atau berus khas bagi rawatan wajah (facial) untuk menggosok atau membersihkan sel-sel kulit mati. Pastikan untuk menggosokkan lap secara memutar dan lembut tanpa menekan kerana kulit wajah relatif sensitif dan boleh melebar ataupun mengecut jika anda memperlakukannya dengan kasar.

-Lakukan rawatan wajah dengan wap panas. Gunakan tuala untuk menutup bahagian belakang kepala anda, lalu hadapkan wajah ke atas periuk sehingga wap panas mengenai wajah anda. Terapi wajah selama 2 hingga 3 minit untuk memaksimumkan manfaatnya.

-Gunakan topeng wajah. Menggunakan topeng sangat menyenangkan, dan juga menghasilkan kulit selembut kulit bayi. Hahaha...Gunakan topeng wajah yang dibeli di kedai atau buat campuran dengan suatu resepi tertentu menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah. Gunakan masker wajah selama 15 minit, lalu bilas hingga bersih.

-Lembapkan wajah anda. Sebagai tahap akhir, pertahankan kelembapan kulit menggunakan krim wajah yang bagus.

Selamat mencuba! Anda boleh lakukan hanya di rumah sahaja. Mudah kan!

1 comment:

  1. Hahaha.. akak takde nye nak spa bagai.. malas gile kowt.. kikiki

    ReplyDelete

Powered by Blogger.