Cara Hilangkan Dagu Berlapis


Disebabkan wajah tidak runcing seiring anggota tubuh yang lain, cara yang selalunya wanita ambil adalah dengan menggunakan teknik contouring untuk dapatkan kesan bentuk wajah yang cantik menawan.

Tapi ada kala pastinya kita kesuntukan masa untuk bersolek sempurna. Jadi, apa kata amalkan cara mudah ini untuk hilangkan dagu berlapis dengan segera tanpa perlukan sejam untuk lakukan contouring.

Inilah cara hilangkan dagu berlapis:

1. Krim Mentega Koko

Krim jenis ini mudah untuk didapati di mana-mana farmasi. Apa yang perlu anda lakukan ialah panaskan dua sudu krim ini di dalam ketuhar gelombang mikro selamat 30 saat. Selepas itu, sapukan krim tersebut pada bahagian tengkuk, leher dan sudut rahang selama lima minit. Gunakan teknik urutan menaik untuk impak yang lebih memuaskan. Sebaiknya, amalkan kaedah ini dua kali sehari iaitu sebelum mandi pagi dan sebelum tidur. Dalam masa yang sama, ia juga mampu melembapkan kulit wajah.

2. Senaman Pusingan Kepala

Boleh kata cara ini yang paling mudah untuk dilakukan. Tidak kira di mana jua anda berada, sedang bersiap untuk ke tempat kerja, ketika memasak, atau mungkin ketika mandi. Tapi yang pastinya lakukan senaman pusingan kepala ini mengikut arah jam atau sebaliknya dengan kedudukan badan menegak. Lima pusingan untuk satu set. Amalkan tiga set senaman ini setiap hari, percayalah anda akan ucapkan selamat tinggal pada dagu berlapis tidak lama lagi.

3. Kunyah Gula-Gula Getah

Seeloknya, pilih gula-gula getah tanpa gula (sugar free). Dengan mengunyah gula-gula getah, ia bukan sahaja membantu kecapi bentuk wajah langsing, malah juga membersihkan gigi juga nafas lebih segar.

4. Kurangkan Pengambilan Gula

Tahukah anda bahawa masalah lemak berlebihan pada bahagian pipi dan dagu adalah kerana pengambilan gula yang tidak terkawal? Jadi, sebaik-baiknya kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan serta perbanyakkan minum air kosong.

5. Senaman Dagu

Dalam posisi duduk, tegakkan postur badan dan dongakkan kepala secara perlahan-lahan memandang ke atas. Sambil itu, lakukan gaya duck face selama lima saat serta ulang pergerakan ini sebanyak lima atau 10 kali. Amalkannya setiap hari apabila bangun dari tidur untuk kesan yang lebih cepat.

Selamat mencuba!

Sumber: Cosmopolitan.my

No comments

Powered by Blogger.