9 Tips Persediaan Dalam Menjalani Latihan Industri Dengan Mudah
Memandangkan aku pon dah nak tamat Semester 5 nih, lepas ne tibalah aku menjejaki ke alam Latihan Industri bagi melengkapkan pengajian sepanjang 3 tahun. Bukan mudah LI nih, aku dengaq pon macam-macam orang yang kata susah jugak nak LI sebenarnya. Apa itu sebenarnya Latihan Industri? Adakah amat sukar bagi pelajar yang ingin mendapatkan LI dan apa persediaan yang boleh dilakukan bagi menjalani LI?
Program Latihan Industri diwujudkan untuk menyediakan bakal graduan menghadapi dunia pekerjaan. Ia bukan sahaja memberi gambaran realiti tentang alam bekerja, tetapi mendedahkan juga pelajar kepada teknologi dan pengetahuan terbaru yang digunapakai dipasaran.
Berikut adalah 9 tips persediaan menjalani Latihan Industri:
1. Bersedia Awal
Kenali organisasi yang bakal menjadi tempat latihan industri. Dapatkan maklumat syarikat dengan melawat laman sesawang atau FB Page mereka. Ambil tahu misi, visi dan objektif syarikat.Pastikan pelajar tahu skop atau modul latihan yang bakal diberi. Alam pekerjaan bukan masa untuk mengambil nota seperti di bilik kuliah. Sebaliknya semua latihan perlu dibuat sendiri.
Di sini pengetahuan akademik pelajar akan diuji. Skil mendengar dan melihat perlu dipertajamkan kerana mereka tidak akan menunggu pelajar untuk menghadam, sebaliknya pelajar perlu berkejar mendapatkan informasi. Tiada lagi pensyarah atau rakan kelas yang boleh membantu. Semuanya terletak dibahu pelajar untuk dipikul sendiri.
2. Hari Pertama
Datang 15 minit awal. Kenalpasti lokasi organisasi. Kelewatan pelajar pada hari pertama mungkin merisikokan tempat Latihan Industri dibatalkan. Majikan tidak suka berurusan dengan pelajar yang mempunyai masalah displin.Pamerkan personaliti anda dengan penampilan rapi. Pelajar boleh menghubungi majikan untuk mendapatkan nasihat pemakaian yang bersesuaian. Ambil sarapan pagi supaya prestasi pelajar tidak tercalar hanya kerana perut masuk angin.
Bila sudah sampai awal, terus masuk memperkenalkan diri. Tunjukkan kad pelajar. Jika pintu pejabat belum dibuka, elakkan berlegar di hadapan pintu utama. Cari tempat sesuai sementara pejabat dibuka.
3. Bawa Dokumen Berkaitan
Jangan membuat pelbagai andaian. Bawa sahaja segala dokumen semasa pelajar membuat permohonan. Terutama surat tawaran dan perakuan dari Institut Pengajian Tinggi.Kebiasaannya pelajar akan diminta mengisi beberapa dokumen syarikat. Oleh itu jangan lupa bawa pen. Walaupun syarikat mempunyai pelbagai peralatan penulisan, pelajar harus mempamerkan sikap bersedia dan mempunyai peralatan penulisan sendiri.
4. Makluman Kepada Majikan
Maklumkan kepada majikan jika IPT pelajar mempunyai prosedur tertentu sepanjang Latihan Industri dijalankan. Terutamanya jika prosedur tersebut melibatkan organisasi.Antaranya jika laporan harian yang dibuat perlukan cop dan tandatangan penyelia, perkara yang boleh dilakukan majikan jika pelajar ditimpa kemalangan, lawatan pensyarah ke tempat latihan, keperluan membuat laporan dan pelbagai lagi.
Ini perlu kerana setiap organisasi mempunyai prosedur mereka tersendiri. Mungkin ada perkara yang pelajar perlu buat tetapi bertentangan dengan polisi organisasi. Bila titik ini bertembung, majikan akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi membantu pelajar.
5. Maklumkan Apa Yang Hendak Dipelajari
Ada IPT yang menyediakan skop dan modul yang perlu dipelajari. Jika ada, maklumkan kepada pihak organisasi. Ada juga organisasi yang menyediakan skop pembelajaran bersesuaian dengan aktiviti organisasi sepanjang tempoh latihan.Jika IPT atau organisasi tidak menyediakan sebarang skop, gunakan peluang ini dengan menunjukkan kebolehan dan inisiatif pelajar mengemukakan cadangan. Skop dan modul ini penting untuk organisasi membuat penyesuaian tertentu bagi memastikan objektif Latihan Industri tercapai.
6. Ketahui Nilai Ukuran Prestasi
Setiap organisasi mempunyai “Key Perfomance Index” atau ukuran tertentu bagi mengenalpasti prestasi kerja staf organisasi mereka.Ambil tahu perkara yang dinilaikan dan jadikan ia sebagai satu KPI untuk diri sendiri sepanjang menjalani latihan industri ditempat mereka.
Antara perkara yang menjadi ukuran penilaian prestasi adalah seperti ketrampilan personaliti diri, penonjolan profesionalisma dalam memupuk mutu kerja, kecekapan menghasilkan kualiti kerja, penglibatan dalam kerja berpasukan, potensi diri dan pelbagai lagi.
Inilah masanya pelajar mencuba sedaya upaya mendalami bagaimana mencapai ukuran tertinggi.
Ingat! Pelajar harus menjaga nama baik IPT.
8. Temujanji Dengan Pensyarah
Ada IPT yang mewajibkan pensyarah membuat lawatan ke tempat Latihan Industri dijalankan. Pensyarah biasanya akan menghubungi pelajar bagi membuat temujanji. Dapatkan kebenaran pihak organisasi sebelum membuat sebarang komitmen temujanji.Ini penting kerana mungkin pada tarikh temujanji, organisasi mempunyai aktiviti yang tidak membenarkan orang luar hadir di premis mereka. Ini akan menyukarkan pensyarah dan pelajar sendiri.
Dapatkan nasihat dari penyelia ditempat kerja kerana mereka adalah rujukan terbaik jika menghadapi masalah pertembungan seperti ini.
9. Laporan Latihan Industri
Di dalam laporan pelajar, ada kalanya mereka dikehendaki membuat catatan mengenai organisasi di mana Latihan Industri dijalankan.Pastikan fakta mengenai organisasi yang hendak ditulis dalam laporan adalah satu perkara yang betul. Jangan sekali-kali membuat penilaian peribadi terhadap organisasi tersebut. Pelajar selalunya tidak diberi akses terhadap informasi tertentu mengenai organisasi. Penilaian yang tidak tepat boleh menyebabkan organisasi mengambil tindakan terhadap pelajar.
Akhir sekali, sebelum melangkah keluar dari organisasi tersebut, dapatkan pandangan penyelia mengenai prestasi dan potensi pelajar sepanjang Latihan Industri dijalankan.
Selamat berjaya kepada yang baru menjejaki ke dunia Latihan Industri!
Post a Comment