7 Tips Untuk Hilangkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu Jarak Jauh
Menikmati perjalanan dengan kereta adakalanya merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika bersama keluarga atau sahabat, dalam menuju ke destinasi percutian. Semangat atau suasana riuh rendah sering kedengaran tatkala menempuh sepanjang perjalanan tersebut.
Dalam melalui perjalanan yang jauh, dan melalui lebuhraya yang sunyi, anda akan mudah untuk berasa mengantuk. Keadaan seperti ini mendatangkan bahaya kepada anda sekiranya sikap berjaga-jaga ketika memandu tidak diambik serius.
Dibawah adalah beberapa tips untuk elakkan rasa mengantuk ketika memandu:
1. Lakukan Persinggahan Sepanjang Perjalanan
Dalam perjalanan yang jauh, anda pasti akan melalui lebuhraya yang jauh, dan setiap lebuhraya pastinya ada RnR yang disediakan, jadi inilah masanya untuk anda berhenti seketika untuk memberi kesegaran kepada tubuh badan anda. Sebaiknya, anda perlu berhenti di setiap 2 jam perjalanan. Boleh sahaja ke tandas untuk mencuci muka, atau membuat regangan badan, untuk mendapatkan rehat selama beberapa minit.
2. Bersama Teman
Boleh sahaja anda mengajak teman untuk menemani anda sepanjang perjalanan yang jauh, bukan sahaja boleh menjadi rakan berbual, tetapi mungkin sahaja boleh menjadi pentunjuk arah buat anda, apa gunanya co-pilot kan. Lebih baik dengan adanya kawan, sekiranya rasa mengantuk, bolehlah suruh kawan untuk drive pulak.
3. Kesegaran Bersama Minuman Kopi
Alang-alang sudah singgah di RnR, anda boleh sahaja dapatkan minuman berkafein, seperti kopi atau nescafe. Jika inginkan sesuatu yang lebih kaw, boleh sahaja dapatkan kopi panas, sama ada di kedai serbaneka, atau membawa dari rumah bersama uncang kopi, serta gula dan air panas.
4. Berikan Tubuh Anda Masa Rehat
Jangan sesekali memaksa badan anda untuk sentiasa berjaga, walau anda sudah meminum kopi, tetapi tetap berasa mengantuk, cuba untuk lelap seketika. Sebaiknya, lelap dalam jangka masa 15 minit, setkan penggera di telefon anda, ini kerana, dalam 15 minit itu, ia hanya sebagai 'energy boost nap'.
5. Elakkan Memandu Selepas Tengah Malam
Secara biologinya, kita memerlukan tidur pada waktu malam, iaitu di antara 12 tengah malam, sehingga 6 pagi, jadi pada masa ini, tubuh anda memerlukan rehat, dan ianya sangat berbahaya untuk terus berjaga. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada waktu malam, dan mampu untuk memandu pada keesokkan pagi. Memandu dalam keadaan tengah malam amat mendatangkan risiko yang tinggi kepada pemandu.
6. Sediakan Makanan Ringan
Pastikan anda menyediakan beberapa makanan bertenaga di dalam kereta anda, jika memulakan perjalanan yang jauh, namun, anda harus elakkan mengambil makanan ringan yang tidak sihat, kerana kandungan garam dan MSG yang tinggi boleh membuatkan anda rasa cepat mengantuk.
7. Elakkan Meminum Minuman Keras
Walaupun anda hanya meminum alkohol dalam kadar yang sedikit sahaja pun, namun ianya juga akan memberi kesan rasa mengantuk, serta membuatkan anda mabuk atau berkhayal. Jangan sama sekali memandu dalam keadaan mabuk! Ini akan mendatangkan kemalangan kepada anda.
Dalam memastikan anda sentiasa selamat sepanjang perjalanan yang panjang, pastikan anda mengikuti tips diatas ini. Jom kita memandu dengan selamat. Akhir kata pandu cemat, jiwa selamat!
Post a Comment