4 Kelebihan Latihan Industri di Sektor Swasta Berbanding Kerajaan


Kali ini saya nak kongsikan satu entri menarik mengenai 'Kelebihan Latihan Industri di Sektor Swasta Berbanding Kerajaan'. Apa itu sebenarnya Latihan Industri (LI) yang anda paham? Sebenarnya Latihan Industri merupakan suatu praktikal wajib bagi student politeknik sebagai syarat ambil kursus selama 3 tahun. Latihan Industri selalu dipraktikkan pada semester 4 dan juga semester 6.

Bagi saya sendiri pulak, saya pon masih student politeknik dan minggu depan bermulalah saya menjalani LI di tempat kawasan saya. Oleh sebab itu, saya ingin nak kongsikan kelebihan anda LI di swasta berbanding kerajaan. Jom teruskan membaca dibawah:

Kelebihan Latihan Industri di Sektor Swasta Berbanding Kerajaan:

1-Terima Gaji
Yang pertama saya ingin kongsikan mengenai penerimaan gaji. Tahukah anda jika anda menjalani LI di swasta anda akan menerima gaji bulanan. Berbanding menjalani LI di kerajaan anda tidak akan menerima sebarang gaji mahupun elaun bulanan. Sebab itulah, anda sekiranya ingin mendapat gaji sewaktu jalani LI, pilihlah di sektor swasta. Mesti anda ingin gaji kan!

2-Kebebasan di Tempat Kerja
Menjalani LI di sektor swasta sebenarnya mempunyai kebebasan di tempat kerja berbanding kerajaan. Contohnya, macam saya jalani LI di bengkel kereta. Disitu saya mempunyai kebebasan untuk bergerak atau bekerja. Kebebasan anda bekerja di sektor swasta adalah lebih sedikit berbanding kerajaan yang agak memandang serius terhadap pergerakan anda.

3-Masa
Yang ketiga mengenai masa anda jalani LI. Jika anda menjalani LI di sektor swasta masa anda untuk bekerja adalah lewat sikit berbanding kerajaan. Sedia maklum kalau anda bekerja di kerajaan anda perlu punctual masa masuk bekerja sebelum pukol 8 pagi. Berbanding di sektor swasta ada sesetengah tempat masa masuk bekerja pada pukol 9 dan ada juga 10 pagi. Macam saya waktu masuk bekerja pada pukol 9 pagi.

4-Peluang Pekerjaan
Yang keempat ini agak penting kepada anda yang ingin dapatkan pekerjaan terus selepas tamatnya jalani LI. Yang ini saya ingin kongsikan berdasarkan pengalaman kawan saya selepas jalani LI di sektor swasta. Sebenarnya jalani LI di sektor swasta mempunyai kelebihan dari segi peluang pekerjaan, sebab apa sekiranya anda cukup baik bekerja di tempat LI anda dan menarik perhatian kepada majikan anda, inilah membuatkan anda berpeluang untuk teruskan bekerja terus disitu selepas tamatnya jalani LI anda. Berbanding di sektor kerajaan, peluang bekerja terus di tempat LI anda agak sukar dan memerlukan persaingan tinggi dengan graduate yang lain.

Selamat berjaya kepada bakal menjalani LI di sektor swasta mahupun kerajaan!

No comments

Powered by Blogger.