15 Perkara Ini Mungkin Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Berhijrah Ke Australia


Kenapa ramai rakyat Malaysia yang ingin berpindah ke Australia?

Menulis di atas kapasiti penduduk tetap di Australia, ramai yang cuba menutup mata hati sendiri dengan mengangkat emas di negara orang sambil menafikan berlian di negara sendiri.

Berikut 15 perkara yang perlu diambil pertimbangan sebelum berhijrah ke Australia:

-Tiada keistimewaan sebagai bumiputera. Hak itu adalah samarata, tetapi bukan semua hak yang kita boleh dapat. Dalam erti kata lain, sedarlah diri.

-Kemudahan awam yang sangat berkesan tidak dinafikan dan memang sesuai dengan status 1st World Country.

-Harga sewa rumah yang tinggi.

-Utiliti kos yang tinggi.

-Perlu visa yang sah untuk bekerja. Kalau beritahu nak belajar dan guna merapatkan atau protection visa, agak-agak terima kasih tak gaji yang diperolehi itu? Hanya Allah yang tahu.Islam adalah minoriti.

-Cuaca ada empat musim. Setiap musim kita perlu ada pakaian khas untuk menyesuaikan diri.

-Waktu solat berubah-ubah. Waktu solat pada musim summer mirip seperti waktu solat di Malaysia. Tetapi musim winter dan autumn, waktu solat dua jam interval.

-Hidup di bandar besar, mudah mencari makanan halal tetapi kos sara hidupnya amat tinggi.

-Hidup di remote area, sukar mencari makanan halal tetapi kos sara hidupnya rendah.

-Tidak semua 'mat salleh' menghormati orang Islam dan apabila berita mengenai ISIS atau pengganas keluar di media, Islam akan menjadi mangsa. Ada yang kata kurang Islamophobia, adakah anda pasti?

-Airport ada surau, sesetengah airport ada bilik bilik sembahyang untuk semua agama. Airport Malaysia pun ada surau kan? Sentiasa penuh aku rasa.

-Komuniti Melayu di bandar-bandar besar Australia sangat besar. Di sini tiada warga Bangla third class seperti yang di Malaysia dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh. Tetapi ramai buruh kasar di sini berasal dari negara perang dan juga Europe. Tidak kurang juga yang datang sebagai pelarian yang mana adakalanya bahasa inggeris pun mereka tidak fasih.

-Nak bercucuk tanam pun susah.

-Nak buat barbeque party pun susah sebab smoke polution bakal menganggu jiran.

-Nak pasang awning, khemah itu semua perlu meminta kelulusan council sebab melibatkan safety kepada orang lain.Lebih dari jam 10 malam, tidak dibenarkan buat bising.

Semoga bermanfaat! Beringat-ingat dulu sebelum berhijrah ke negara orang...

No comments

Powered by Blogger.