UK Bakal Bina Lorong Khas Kenderaan Elektrik Tahun Hadapan

Ilustrasi

Kerja-kerja membina lorong khas pertama di UK telah dimulakan.Ia akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Nottingham Eco-Expressway, yang pembinaannya akan bermula pada musim panas tahun hadapan dan dijadualkan siap pada akhir tahun 2017.

Eco-Expressway merupakan adaptasi dari laluan yang sedia ada untuk memasuki Nottingham sejauh 9.6km dan memakan kos sebanyak RM32 juta.

Sebagai sebahagian daripada perubahan kepada laluan ini, lorong bas baru akan disepadukan dalam setiap arah yang akan dikhaskan untuk kenderaan elektrik sahaja.

Bukan sahaja bas elektrik sahaja yang menggunakan lorong ini, kenderaan elektrik lain akan dibenarkan dibenarkan untuk menggunakannya. Lorong berasingan khusus untuk penunggang basikal dan kereta konvensional tetap juga disepadukan ke dalam Eco-Expressway.

Namun begitu, terdapat beberapa kempen yang berkata lorong khas tersebut memerlukan pemantauan yang rapi kerana ia dikhuatiri bakal mengalami kesesakan dengan kenderaan elektrik.

Eco Expressway bakal meningkatkan kualiti udara di Nottingham dan menunjukkan pihak berkuasa tempatan di sana sangat mengambil berat dengan alam sekitar. Penduduk di London juga diumumkan dengan pemasangan 400 tempat mengecas bateri kenderaan elektrik sehingga hujung tahun ini dan dapat memberikan kemudahan kepada pemilik-pemilik kenderaan elektrik.

Walaupun berita ini mengenai Nottingham di UK dan bukan di Beroga, Malaysia, ia masih lagi relevan kerana negara kita sudah seperti akan berubah ke arah kenderaan EV. Pusat pengecas, sistem pengendalian bateri hibrid terpakai dan sebagainya masih belum ditentukan oleh kerajaan.

Sumber : Carthrottle

No comments

Powered by Blogger.