Tunetalk Menawarkan 36 GB Data Setahun Pada Harga RM 288



Kuota data Internet peranti mudah alih biasanya diberikan setiap bulan. Dalam masa 30 hari anda perlu menghabiskan penggunaannya sebelum ia lupus. Terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang membenarkan kuota yang tidak digunakan dibawa ke bulan seterusnya tetapi pada jumlah yang terhad.

Tune Talk melakukan sesuatu yang unik dengan tawaran kuota data sebanyak 36 Gigabyte setahun pada harga RM288.

Pelanggan bebas menggunakan data yang diberikan selama setahun. Pakej terkini ini adalah bersamaan dengan 3 Gigabyte sebulan pada harga RM 24. Ini sebenarnya lebih murah daripada pakej RM 48 sebulan untuk kuota data yang sama yang ditawarkan oleh Tune Talk.

Untuk maklumat lebih lanjut serta terma dan syarat sila layari laman Tune Talk.

SUMBER: LOWYAT.NET

No comments

Powered by Blogger.