Tips Rahsia Tidur Dengan Mudah Elak Insomnia


Sesetengah orang mengalami masalah sukar untuk tidur malam biarpun kala di pejabat mata asyik nak terlelap dan mulut tak henti menguap.

Ia ibarat satu masalah yang mana tubuh dan otak tidak berhenti bekerja dan terus menerus aktif. Tubuh dan minda perlukan rehat seketika dan tidur adalah waktunya. Tubuh perlu dapatkan tidur yang cukup agar tidak mudah letih keesokan harinya.

Jadi, saya kongsikan tip mudah tidur dengan segera di rancangan ini untuk anda cuba.

Bangun dan lakukan sesuatu dalam masa 10 minit.

Jika anda terjaga pada waktu malam dan sukar untuk kembali terlena dalam masa 15 minit, bangun dan lakukan satu aktiviti yang memerlukan pergerakan tangan dan otak, seperti bermain teka-teki atau aktiviti mewarna. Elak dari menonton TV dan skrin paparan digital kerana cahaya biru terbukti boleh menyekat melatonin, hormon yang mendorong tubuh kita tidur.

Pastikan bilik dengan pengudaraan yang sejuk.

Ketika tidur terlena, suhu badan kita akan turun sedikit, yang mana pakar percaya yang ianya membantu proses tidur dengan lebih panjang. National Sleep Foundation menyarankan agar suhu bilik tidur pada 15 ° C ke 20 ° C kerana ia adalah keadaan tidur yang paling selesa. Rahsianya adalah sejuk, gelap dan bilik yang selesa. Bilik tidur yang gelap memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan melatonin dan sekaligus menghantar signal pada tubuh bahawa ia adalah masa untuk tidur. Melatonin menyejukkan suhu dalaman badan yang mana akan sampai pada point yang paling rendah kira-kira jam 2 dan 4 pagi.

Pakai stokin ketika ingin tidur.

Pengkaji mendapati yang kaki dan tangan yang berada pada suhu suam adalah peramal yang terbaik untuk tubuh terlena dengan secepat mungkin. Dalam kajian itu, seorang pengkaji meletakkan botol air panas pada bahagian kaki, yang mana ia boleh melebarkan saluran darah di permukaan kulit, dan dengan itu ia meningkatkan kehilangan haba.

Mendengar lagu

Kajian mendapati bahawa muzik klasik atau atau muzik yang mempunyai ritma perlahan boleh membantu anda untuk tidur. Yang baiknya lagi adalah ia mampu mengurangkan simptom tekanan.

Rendam wajah di dalam air sejuk selama 30 saat.

Jika anda bimbang atau bermasalah sebelum tidur, cara yang terbaik mungkin adalah dengan rendam wajah dengan air yang dipenuhi ais. Apabila anda berada dalam keadaan yang sedar sepenuhnya, sistem saraf anda sangat memerlukan penetapan semula untuk kembali tenang. Menenggelamkan muka anda ke dalam semangkuk air sejuk dipanggil Mammalia Dive Reflex, yang merendahkan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Kemudian anda akan kembali lena dengan sistem yang lebih menenangkan.

No comments

Powered by Blogger.