Tips Menjaga Kesihatan Diri Ketika Banjir


Pada musim hujan atau musim tengkujuh, hal yang tidak dapat dielakkan akan terjadi adalah banjir. Bagi sebahagian orang atau anak-anak, banjir adalah perkara yang menyeronokkan kerana dapat bermain ditengah genangan air bersama kawan-kawan. Tahukah anda namun bila dilihat dari sisi lain, ada kesan buruk banjir bagi kita iaitu timbulnya macam-macam penyakit, seperti berikut:

1-Cirit-birit

Ketika banjir, sumber air minum khususnya yang berasal dari sumber dangkal akan dapat banyak air yang tercemar, sehingga ketersediaan air bersih akan berkurangan yang berpotensi menimbulkan penyakit cirit-birit. Agar terhindar dari penyakit cirit-birit, lakukan beberapa perkara berikut:

-Cuci tangan dengan sabun setiap akan makan dan minum serta sehabis keluar dari toilet
-Biasakan merebus air minum hingga mendidih setiap hari
-Menjaga kebersihan alam sekitar, elakkan  longgokan sampah disekitar tempat tinggal
-Segera dapatkan pemeriksaan diri ke kemudahan kesihatan berdekatan apabila terdapat tanda-tanda diare

2-Demam Berdarah

Dimusim hujan, biasanya berlaku peningkatan tempat pembiakan nyamuk aedes aegypti, nyamuk penular penyakit demam berdarah. Hal ini kerana semasa musim hujan banyak sampah seperti bekas-bekas, serta tempat-tempat tertentu terisi air dan terjadi genangan untuk beberapa waktu sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk tersebut. Untuk itu biasakan untuk menanam tin-tin bekas, membersihkan tempat penampungan air secara rutin dan menutup simpanan air dengan rapat. Segera mendapat rawatan ke doktor apabila terdapat tanda-tanda demam berdarah.

3-Leptospirosis

Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria yang dipanggil leptospira. Penyakit ini termasuk salah satu penyakit zoonosis kerana disebarkan melalui haiwan. Di Malaysia haiwan penular terutama adalah tikus melalui najis dan air kencingnya. Apabila berlaku banjir, tikus-tikus yang tinggal di liang-liang tanah akan ikut keluar menyelamatkan diri.

Tikus tersebut akan berkeliaran di sekitar manusia, di mana kotoran dan air kencingnya akan bercampur dengan air banjir. Apabila ada orang yang mempunyai luka kemudian terendam air banjir yang sudah sebati dengan kencing tikus yang mengandung bakteria lepstopira, maka orang tersebut boleh dijangkiti dan akan jatuh sakit.

Untuk mengelakkan penyakit leptospirosis lakukan langkah-langkah jangkaan iaitu:

-Elakkan tikus yang berkeliaran disekitar kita
-Hindari bermain air ketika berlaku banjir, terutama jika ada luka
-Segera ke doktor apabila sakit dengan gejala panas tiba-tiba, sakit kepala dan menggigil

4-Perburukan Penyakit Kronik yang Sedang Derita

Gangguan ini boleh terjadi kerana penurunan daya tahan tubuh akibat musim hujan yang berpanjangan, apalagi bila banjir sampai berhari-hari.

Untuk itu, agar terhindar dari beberapa penyakit diatas, hendaklah sentiasa menjaga perilaku hidup sihat, antara lain:

-Makan atau minum yang baik dan bersih
-Istirahat yang cukup
-Menjaga kesihatan diri
-Jangan buang sampah sembarangan
-Sentiasa mencuci tangan dengan sabun
-Segera mandi selepas hari hujan untuk membersihkan tubuh dari kuman dan menjaga kestabilan suhu tubuh
-Minum atau makan makanan panas seperti halia atau teh.
-Bersihkan badan dengan sabun antiseptik
-Cuci tangan sebelum makan dan sesudah buang air dengan sabun anti septic
-Jaga pakaian agar tetap kering
-Minum air putih yang cukup
-Istirahat yang cukup
-Pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
-Segera dapatkan pemeriksaan diri ke doktor apabila sakit

Selamat menjaga diri di musim banjir!

No comments

Powered by Blogger.