Tips Mengulangkaji Pelajaran di Saat Akhir


Persediaan yang rapi sebelum menghadapi sesuatu perkara sudah semestinya perlu dirancang dengan sebaiknya, ini bagi mengelakkan tidak terlepas atau tertinggal mana-mana perkara yang penting. Namun, ada kalanya, disebabkan sibuk dengan perkara lain, apa yang sudah dirancang, lain pula jadinya.

Biasanya, sikap suka menangguh untuk menyelesaikan kerja, menjadi punca bagi sesuatu tugasan tidak dapat disiapkan mengikut waktunya, begitu juga dengan mengulang kaji pelajaran.

Disebabkan ini, admin ingin kongsikan, tip untuk menghadapi hari-hari besar, khusunya peperiksaan. Bagaimana langkah atau persediaan yang perlu dilakukan di saat-saat akhir, jom kita baca perkongsian dari Dr Syahr Musafir ini.

LAST MINUTE PREPARATION MENGHADAPI PEPERIKSAAN

"Apa? Lagi dua minggu nak final exam? Are you serious ?? "

Plan punya plan, rancang punya rancang, ada masanya terkecundang juga. Macam sudah menjadi darah daging para pelajar kot. Dekat-dekat nak peperiksaan barulah betul-betul buat revision dan ulangkaji. Dua tiga hari nak exam barulah kalut nak baca semua nota kuliah, nak buat semua soalan latihan dan pelbagai lagi.

Jangan risaulah, anda tidak keseorangan. Saya pun pernah mengalaminya.

1. Subject and Time Management

Baca dan semak betul-betul course outline dan semua topik yang ada untuk sesuatu subjek yang kita bakal duduki. Pastikan kita baca OBJEKTIF sesuatu topik. Selalunya, objektif ini diterangkan pada setiap awal topik atau kuliah. Kena faham betul-betul.

Make sure kita grab semua. Buat senarai. Kemudian, rancang apa cara dan bagaimana kita boleh habiskan ulangkaji dan menelaah semua topik.

Susun elok-elok. Bermula topik penting kemudian kepada topik kurang penting. Pada masa yang sama, check soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

Dalam 'minggu terakhir menghadapi peperiksaan' kira bilangan hari yang kita ada.Allocate-kan senarai tajuk atau topik dengan bilangan hari yang ada. Contohnya, tiga tajuk atau topik dalam masa satu hari. Ikut jadual secara berdisiplin. Kalau kita buat jadual dan rancang, tetapi kita tak ikut pun jadual revision kita ini, ini namanya 'bodoh sombong.'

Kalau betul masa kita singkat dan kita sudah tetapkan kita perlu menyelesaikan ulangkaji tiga topik dalam masa satu hari, janganlah kita bermalasan, 'mengelat' dan main-main sehingga menyebabkan kita kerugian masadan hanya mampu menyiapkan ulangkaji untuk satu atau dua topik sahaja.
2. Jaga Kesihatan dan Pastikan Ada Rehat

Makan minum perlu dijaga. Kalau selalunya kita makan dua kali sehari, cubalah untuk kekalkan rutin ini. Ada masanya apabila kita ubah rutin ini secara mendadak, badan akan jadi lesu dan mudah penat. Sedangkan kita perlukan tubuh yang bersedia untuk 'bekerja' dan minda yang fresh untuk mengutip segala ilmu yang kita mahu ulangkaji.

Minum banyak air kosong. Air putih, bukan air manis (bergula). Ada orang suka minum coffee (caffeine) supaya boleh berjaga malam. Saya? Saya amalkan minum air suam dicampur sesudu madu apabila saya mahu berjaga malam. It works for me to stay awake. Bolehlah cuba. Sebab saya elak kafein. Itu sahaja.

Akal kita ada kapasiti tertentu. Jadi, jangan berterusan study sepanjang hari tanpa berhenti rehat. Menghadap buku selama tiga jam secara berterusan will not get you anywhere. Otak kita akan penat dan exhausted. Akhirnya, tak dapat memproses maklumat dan knowledge yang kita cuba 'sumbat.'

Belajar untuk 50 minit, kemudian berhenti rehat lebih kurang 5 hingga 10 minit.Kemudian, sambung belajar semula untuk 50 minit atau 1 jam. Kemudian, rehat sekejap, dan sambung belajar lagi. Berehat sekejap sahaja. Kalau tidur selama 2 jam itu tidak dikira rehat, tapi 'kurang asam.'

3. Jangan Panik, Tetapi Banyakkan Bertenang

Kita sendiri tahu kita tak punya banyak masa untuk study. Jadi, worrying or panicking tidak bermanfaat untuk keadaan sebegini.Tenangkan diri. Ambil wuduk dan tunaikan solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Minta pertolongan daripada Allah SWT.

Saya suka amalkan berselawat. Dengan selawat, jiwa rasa tak kelam-kabut. Ada keberkatan yang menyelinap dengan cepat ke jiwa. Cubalah!

4. Hubungi Ibu Bapa

"Umi, Alang nak exam minggu depan. Doakan Alang ye. "Apabila saya dengar kawan saya call ibu dia sebelum peperiksaan, saya rasa sangat terinspirasi.

Terus saya telefon ibu bapa saya juga. As we already know, doa ibu dan ayah amat mustajab.Minta ibu bapa kita doakan kita dapat menjawab exam dengan tenang dan akhirnya berjaya cemerlang. Jangan malu nak minta ibu bapa kita doakan kita.

5. Jangan Bincang Apa-apa Sebelum Masuk ke Dewan Peperiksaan

Ada orang suka discuss nota dan tajuk pelajaran sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Saya tak suka. Saya lebih prefer untuk bertenang dan tidak berbincang apa-apa sebelum exam. Bukan apa, kadang-kadang perbincangan itu tidak membuahkan apa-apa kerana minda kita sudah tidak bersedia lagi untuk menerima apa-apa input akhir.

Sebaiknya semasa melangkah masuk ke dewan, berdoalah. Moga Allah SWT permudahkan urusan exam kita.

Sumber: Siakap Keli

No comments

Powered by Blogger.