Tips Mengulangkaji Bagi Menghadapi Peperiksaan Disaat Akhir


Memandangkan peperiksaan akhir sudah nak dekat, banyak persediaan yang perlu saya lakukan supaya tidak kalut study disaat akhir nak exam. Oleh itu, berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui sepanjang menjalani pengajian di politeknik dari sem 1 dan sampai sekarang sem 5. Inilah beberapa tips yang boleh saya kongsikan mengenai tips mengulangi bagi menghadapi peperiksaan disaat akhir berdasarkan pengalaman yang saya lalui:

1-Don't Study Hard But Study Smart

Inilah kesalahan yang anda selalu lakukan tibanya dekat waktu final exam iaitu study hard tapi yang sepatutnya adalah 'be study smart'. Yang ni paling betul dan mujarab! Kalau study hard banyak mana pon, tapi no study smart tiada gunanya kerana bayangkan dah nak dekat final exam, mampukah anda study kesemuanya! Mesti tak kan!

2-Perbanyakkan Latihan Soalan Past Year

Bagi pendapat saya, inilah tip paling berkesan untuk anda lakukan disaat untuk menghadapi peperiksaan akhir. Jangan risau saya pon pernah amalkan tip ini sampailah sekarang. Tahukah anda kebanyakkan soalan final exam selalunya berulang dan lebih kurang berbanding soalan past year. Kalau anda pernah perasan la! Cara ini adalah paling terbaik untuk menghadapi final exam. Kalau belum cuba, try lah baru anda tahu.

3-Cuba Memahami Bukannya Menghafal

Inilah kesalahan yang selalu nampak apabila hendak study bukannya nak memahami sesuatu benda yg dia study tu, tapi dia menghafal benda tersebut pulak. Amalan seperti ini anda perlu elak! Bayangkan kalau anda hafal something yang anda rasa akan keluaq untuk exam, tapi tiba-tiba yang keluaq tu benda yang lain. Confirm berani saya cakap anda mesti blank, tak mampu nak jawab! Sebab anda bukannya memahami benda tu sebaliknya anda menghafal ja.

4-Cari dan Ingat Keywords Penting

Tips keempat adalah search dan ingat keywords yang penting ja. Cara ini adalah paling berkesan untuk mengulangkaji disaat akhir. Bayangkan ada pelbagai topik dan subjek yang perlu anda study, cayalah mesti anda tak ingatlah. Oleh itu, kalau nak study something topik, cubalah ingat certain keywords yang penting. Cara ini adalah terbaik daripada anda study kesemuanya, tapi tak ingat langsung!

5-Perbanyakkan Berdoa dan Bertawakal Kepada Allah SWT

Ini adalah jalan terakhir anda boleh lakukan begitu jugak kepada saya iaitu perbanyakkan berdoa dan bertawakal kepada yang Maha Esa setelah berusaha melakukan revision atau study. Apapon kejayaan seseorang itu bukannya terletak pada usaha saja, tapi ia terletak juga kepada tawakal atau berserah diri kepada Allah swt. Jika seseorang itu mempunyai keazaman untuk berjaya, Insya Allah disitu kejayaan akan tersedia untuk dia.

Semoga-moga tips yang tak seberapa ini berdasarkan pengalaman yang saya lalui ini dapat memberi manfaat berguna kepada anda untuk melakukan persediaan bagi menghadapi final exam. Ingat 'Don't Study Hard But Be Study Smart'.

No comments

Powered by Blogger.