Tips Memutihkan Lutut Anda Yang Hitam Gelap
Cuba jenguk lutut anda, adakah ia putih bersih atau hitam gelap? Disini saya akan kongsikan satu tips untuk putihkan lutut anda yang hitam gelap.
Bagi anda yang mempunyai lutut hitam, boleh cuba beberapa tips untuk memutihkannya dengan menggunakan bahan semulajadi ini. Tahukah anda punca utama yang membuatkan lutut hitam adalah kerana disebabkan kulit kering dan geselan.
Berikut cara memutihkan lutut:
1. Lemon & Madu
Buah lemon juga boleh anda gunakan untuk memutihkan lutut. Campurkan air perahan lemon dengan sedikit madu kemudian sapukan pada bahagian lutut secara merata. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Cuba setiap kali sehari sehingga lutut anda kembali putih.
2. Minyak Zaitun
Salah satu penyebab lutut hitam adalah kerana masalah kulit yang kering. Oleh sebab itu, anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk melembapkan bahagian kulit lutut yang kering tersebut. Lakukan pada malam hari sebanyak tiga kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
3. Bawang Merah & Bawang Putih
Cara yang tidak kurang hebatnya untuk memutihkan lutut yang hitam. Kisar atau parut sebiji bawang merah dan putih. Kemudian sapukan pada kulit lutut secara merata dan gosokkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
4. Scrub Oatmeal
Scrub Oat juga mampu merawat kulit agar nampak lebih cerah, begitu juga dengan bahagian lutut yang hitam. Ambil hanya dua sudu makan serbuk oat yang telah dicampur dengan satu sudu teh krim segar atau madu. Kemudian sapukannya pada lutut dan biarkan selama dua minit sebelum dicuci bersih.
Selamat mencuba!
Post a Comment