Tahukah Anda Mesin Basuh Anda Juga Perlu Dibasuh? Ikuti 4 Langkah Ini
Tahukah anda seharian kita mambasuh pakaian kita yang kotor menggunakan mesin basuh, sudah pasti mesin berkenaan terdedah kepada kotoran yang juga perlu dibasuh.
Jadi bagaimana hendak basuh mesin basuh ini? ikuti 4 langkah mudah yang dikongsikan oleh page PANDA Bekki, bagaimana hendak basuh mesin basuh anda.
Guna mesin basuh untuk basuh pakaian kita. Tapi kita selalu terlupa yang sebenarnya kita kena basuh mesin basuh kita tau. Nak tahu bila masa yang tepat untuk kita cuci mesin basuh? Semasa pakaian menjadi hapak bila ditinggalkan semalaman dalam mesin basuh dan bila ada banyak seakan-akan kertas atau tisu yang dicarik. Itulah tandanya korang kena cuci mesin basuh tu! Ikut langkah kat bawah ni
LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada didalam tangki basuh sebersih-bersihnya dan pasang semula.
LANGKAH 2
Pilih program @ course @ mode "TUB CLEANING"
kalau tak ada pilihan tersebut.
boleh pilih "SOAK"
Kalo tak ada juga
boleh pilih mana-mana "course" cuma pastikan pilih cycle "wash" SAHAJA.
Pastikan "WATER LEVEL" adalah tahap makisma
tekan "START"
Nota: Pastikan tidak memasukkan apa-apa pakaian dalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata
LANGKAH 3
Bila air dah 1/3 penuh, letakan bahan pencuci bersesuaian diantaranya:
Produk ada dipasaran. Pastikan ianya mengandungi
1. SODIUM Percarbonate atau SODIUM CARBONATE (300Gram)
atau
2. Sodium Borate (Borax) (300Gram)
atau
3. Jenama CALGON @ Cosway @ OXY @ (300gram)
atau
4. 140 Gram Soda (RM3.00) dicampur bersama cuka putih 750ml (RM2.50) yang telah dicampur didalam bekas lain sebelum dimasukkan kedalam mesin
atau
5. Pencuci jenama "ZIP" ACTIVE FORMULA with bicarbonate
Pastikan bancuh sebelum memasukkan didalam mesin (300Gram)
atau
6. tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga, cuma kurang effektif kerja pengubahan tersebut
LANGKAH 4
Jika anda memilih mode pembasuhan
1. TUB CLEANING
2. SOAK
kerja anda lebih mudah, tak perlu tunggu, siap jer dah ok
Jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja, selepas enjin telah siap cycle 3 minit. biarkan enjin tenggelam selama sejam
Selepas sejam pilih mode
"Wash" 8 minit
"RINSE" 2 kali
"Spin" 1 minit
Passtikan selepasmode tersebut siap, tiada keladak yang tinggal didalam dasar tangki, Jika masih ada, cuci penapis terlebih dahulu dan ulangi step wash, rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
SIAP
Selamat Mencuba!
Terbaik..(Y)
ReplyDelete