Samsung Arahkan YouTube Buang Video GTA Yang Menjadikan Note 7 Sebagai ‘Bom’
Siapa sangka Syarikat Samsung yang sudah kerap kali dijadikan bahan jenaka atau troll betul-betul sentap dengan video parodi terbaru. Lebih sadis apabila Samsung telah mengarahkan Youtube untuk membuang video yang berpunca daripada modifikasi game GTA 5 yang menjadikan Note 7 sebagai bom. Haha..sungguh melucukan!
Modifikasi yang dibuat Hitman Niko yang dimulakan sekadar suka-suka buat penggemar game tersebut mula menjadi serious apabila Samsung mula campur tangan. Samsung berpendapat menggunakan Note 7 di dalam game tersebut adalah pelacur kepada hakcipta. Hasilnya, video asal tersebut dibuang dari Youtube baru-baru ini.
Lebih seronoklah netizen troll Samsung lepas ini berikutan perangai #mudahsentap yang ditunjukkan.
Berikut merupakan footage terbaru daripada uploader lain yang memaparkan bagaimana mod permainan Grand Theft Auto 5 ini telah menjadikan Galaxy Note 7 sebagai bom.
Hanya sekadar perkongsian saja.
Lihat video dibawah:
GTA 5 - EXPLOSIVE Samsung Galaxy Note 7?! (GTA 5 Mods Showcase)
Post a Comment