Perbandingan Harga iPhone 7 Di Malaysia Berbanding Negara-Negara Lain Di Asia Tenggara
iprice.my telah membuat suatu kajian tentang harga iPhone 7 di negara-negara Asia Tenggara.
Di rantau ini, Malaysia menduduki tempat kedua harga iPhone paling rendah pada USD900, berbanding Singapura pada harga USD897.
Harga di kedua-dua negara ini jauh lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang menjualnya pada kadar USD749 disebabkan kos import eksport, cukai dan bayaran-bayaran lain oleh kerajaan negara tersebut.
iPhone 7 telah dilancarkan secara rasmi di Singapura dan Hong Kong, dan ini menyebabkan ianya dibeli dan dijual semula oleh unauthorized retailers di negara-negara seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Filipina.
Mujurlah harga di Malaysia masih masuk akal dan harganya tidak dinaikkan sewenang-wenangnya sehingga 14% di Vietnam dan 49% di Thailand.
Berapa hari bekerja diperlukan untuk membeli iPhone 7?
Di Amerika Syarikat dengan gaji purata sebanyak USD22.0 sejam, mereka hanya memerlukan 4 hari untuk memiliki sebuah iPhone 7.
Singapura menduduki tempat teratas dalam keupayaan memiliki sebuah iPhone 7 di Asia Tenggara, di mana mereka hanya memerlukan 7 hari bekerja dengan gaji purata sebanyak 15.5 USD sejam.
Malaysia menduduki tangga kedua, tetapi memerlukan masa sebanyak 3 kali ganda, iaitu 24 hari untuk memiliki sebuah iPhone 7.
Vietnam terletak pada kedudukan terakhir. Dengan gaji purata 1.2 USD sehari, rakyat Vietnam memerlukan 104 hari untuk memiliki sebuah iPhone 7.
Sumber: IPRICE

Post a Comment