Mia Ahmad, Izham Tarmizi Akhirnya Terjawab Bakal Kahwin Tahun Depan


SETELAH sekian lama berteka-teki, pelakon Mia Ahmad mengesahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan.

Lebih menggembirakan, Mia juga sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu.

Menurut Mia, mereka sudah berkawan selama setahun dan hubungan itu direstui keluarga masing-masing.

Izham Tarmizi

"Kami sudah berjumpa keluarga dan saya selesa setakat ini, Alhamdulillah," katanya seperti yang dilaporkan menerusi portal Rotikaya! ketika ditemui ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Skrin 2016.

Pada masa yang sama, Mia memberitahu, dia masih belum menetapkan tarikh rasmi perkahwinannya kerana jadual Izham yang padat sehingga hujung tahun.

Mia turut menyatakan hasratnya yang enggan melalui proses bertunang sebaliknya terus diijabkabulkan dengan ikatan yang sah.

"Saya tidak ada masalah tetapi kena ikut jadualnya. Lagipun dia ada perlawanan bola sepak sehingga ke penghujung tahun ini.

"Saya tak suka tunang, terus berkahwin sahajalah," katanya lagi yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada tahun hadapan.

Pasangan ini mula digosipkan bersama apabila Idham membuat kejutan semasa sambutan hari jadi Mia di sebuah kafe.

Sumber: RotiKaya/ Mynewshub

No comments

Powered by Blogger.