Lima Fakta Api Neraka Yang Buat Anda Rasa Gerun
Neraka menjadi tempat di akhirat yang dipersiapkan bagi pelaku yang melakukan keburukan dan dosa semasa hidup di dunia. Di dalamnya manusia akan menjalani pelbagai seksaan pedih sebagai bentuk balasan atas kejahatan yang pernah di lakukan.
Satu perkara yang sangat sinonim dengan neraka adalah kewujudan api. Dengan panasnya yang menyala-nyala, semakin menambah pedih seksaan yang diterima. Dalam hadis dijelaskan jika api yang ada di dunia ini, hanya seperti bunga api akhirat nanti.
Sehingga tidak dapat dibayangkan bagaimana tubuh luluh lantah kerana panasnya. Enam fakta tentang api neraka berikut menjadi gambaran bagaimana Allah SWT tidak main-main. Apa saja faktanya?
1. Panas Api Neraka 70 Kali Api Dunia
Fakta pertama adalah api neraka panasnya 70 kali ganda daripada api yang ada di dunia. Tidak dapat dibayangkan bagaimana pedihnya siksaan ketika kita tercampak ke tempat ini. Bagaimana pula dengan tahap panas yang mencapai 70 kali ganda daripada api yang ada pada masa ini. Tentu sangat menyeksa. Hal ini dijelaskan dalan Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Abu Hurairah ra. menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Api yang biasa kalian nyalakan merupakan sebahagian dari tujuh puluh bahagian panasnya neraka jahanam"
"Ya Rasulullah, demi Allah sungguh api dunia ini benar-benar cukup panas," ungkap para sahabat.
Nabi Muhammad SAW meneruskan "Tetapi sungguh api neraka jahanam enam puluh sembilan kali lebih panas berbanding api dunia, yang masing-masing bahagian sama panasnya dengan api di dunia" (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
2. Panas Api Neraka Akan Menyebabkan Hitam dan Gelap
Nabi Muhammad SAW bersabda "Neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga tampak merah. Lalu dinyalakan lagi selama seribu tahun hingga kelihatan putih. Kemudian dinyalakan selama seribu tahun sehingga kelihatan hitam. Hingga sekarang neraka itu hitam dan gelap "(HR Tirmidzi).
3. Tinggi Gejolak Api Neraka
Api neraka menyala-nyala hingga bunga apinya tinggi mencapai empat puluh tahun perjalanan. Abu Sa'id ra menyatakan, Muhammad SAW bersabda "Sungguh tinggi gejolak api neraka itu empat buah tembok yang tebal-tebal. Tinggi masing-masing tembok seperti perjalanan empat puluh tahun. "(HR. Tirmizi).
4. Terdapat Bukit Api di Neraka
Ternyata di dalam neraka terdapat bukit api. Bukit ini bernama Ash Shu-uud yang akan dinaiki oleh para orang kafir.
Nabi Muhammad SAW bersabda "Ash Shu-uud adalah sebuah bukit api. Orang kafir naik turun di atasnya selama tujuh puluh tahun, kemudian ia terjatuh dari atasnya. (Lalu naik lagi ke atas dan terjatuh lagi) demikian seterusnya "(HR Tirmizi).
5. Salah Satu Bentuk Api Neraka
Ternyata, api neraka mempunyai bentuk. Salah satu bentuknya adalah menyerupai leher yang mempunyai mata, telinga dan boleh bercakap.
Nabi Muhammad SAW bersabda "Pada hari kiamat kelak akan muncul dari neraka api yang berbentuk leher. Ia mempunyai dua mata yang dapat melihat, dua telinga yang dapat mendengar dan lisan yang dapat berbicara. Ia berkata, "Aku ditugaskan mengambil tiga macam orang, iaitu orang yang berlaku sewenang-wenang dan keras kepala, orang yang menyembah Tuhan selain Allah, dan orang yang membuat patung-patung," (HR. Tirmizi).
Mudah-mudahan kita tergolong antara orang yang ditempatkan syurga Allah dan dijauhkan dari azab api neraka yang sungguh menyakitkan. Aminn....
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete