Inilah Sebab Mengapa Gambar & Video Yang Diambil Guna Telefon/Kamera Disimpan Dalam Folder DCIM


Setiap kali membuka direktori dalam telefon pintar atau kamera untuk melihat gambar, pengguna akan berhadapan dengan folder DCIM.

Tetapi mengapa folder tersebut dinamakan DCIM? Kenapa tidak dinamakan Galeri sahaja yang lebih senang untuk difahami?

Bagi mengungkap persoalan itu, jom kita selidiki apa itu DCIM.

Folder DCIM dan atur susunnya datang daripada Design rule for Camera File system (DCF), satu piawaian yang dicipta pada 2003.

DCIM adalah ringkasan untuk 'Digital CameraIMages' dan ia merupakan satu piawaian yang dipatuhi oleh setiap peralatan digital yang mempunyai kebolehan untuk mengambil gambar atau video.

Ini bermakna, setiap peranti digital yang boleh menangkap gambar perlu mematuhi atur susun ini supaya proses pengurusan gambar / video menjadi lebih mudah biarpun storan dialih ke peranti-peranti lain.

Cuba bayangkan situasi ini. Anda mengambil gambar menggunakan telefon pintar Android dan secara tiba-tiba telefon pintar anda kehabisan bateri. Tetapi dalam beg galas anda masih ada kamera DSLR.

Disebabkan itu, anda mengambil kad memori dalam telefon Android dan memasukkannya ke dalam kamera DLSR untuk terus mengambil gambar.

Kerana menggunakan piawaian DCIM, kamera DLSR anda tidak perlu pening-pening untuk mencari direktori mana perlu digunakan untuk menyimpan gambar.

Begitu juga dengan telefon Android anda. Apabila kad memori yang sama diletakkan kembali ke dalam slot memori kad, telefon pintar anda secara automatik akan menggunakan folder DCIM untuk menyimpan gambar dan juga boleh memaparkan kembali gambar yang diambil guna kamera DSLR tadi.

Tanpa folder DCIM, haru-birulah sistem pengurusan foto dalam peranti-peranti digital anda.

Jadi, setiap kali membuka storan di telefon / kamera anda, pastikan folder DCIM itu tetap berada ditempat asalnya.

Sumber:,HOWTOGEEK

No comments

Powered by Blogger.