Inilah Manusia Yang Lebih Buruk Dari Firaun dan Iblis


KITA tahu bahawa Firaun dan Iblis adalah makhluk-makhluk yang derhaka pada Allah SWT. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana dahsyat jika seorang manusia dianggap lebih buruk berbanding kedua-duanya. Sebabnya baik Firaun dan Iblis saja sudah demikian jahatnya, bagaimana jika lebih buruk daripada mereka. Pasti hal-hal yang dilakukan oleh manusia yang lebih buruk ini akan lebih buruk pula dibanding kedua-duanya.

Ternyata tidak demikian adanya, kerana cirinya sangat sering sekali terlihat dan dialami oleh manusia. Bahkan diantara kita juga sering melakukannya. Ciri-ciri manusia yang dianggap lebih buruk daripada Firaun dan iblis adalah tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain.

Hal ini sangat sering terjadi dalam kehidupan. Memaafkan ternyata bukan perkara mudah. Namun bukan bermakna manusia boleh tidak memberi maaf orang yang telah berbuat kesalahan.

Dikutip dari infoyunik.com, hal ini tertulis dalam kitab an-Nawadir karya Syeikh Syihabuddin Ahmad ibn Salamah al-Misri al-Qulyubi asy-Syafi'i. Dikisahkan, suatu kali Iblis mendatangi Firaun dan berkata, "Apakah kau mengenaliku?"

"Ya," sahut Firaun.

"Kau telah mengalahkan saya dalam satu perkara."

"Apa itu?" Tanya Firaun penasaran.

"Kelancanganmu mendaku sebagai tuhan. Sungguh, aku lebih tua darimu, juga lebih berpengetahuan dan lebih kuat berbanding dirimu. Tetapi aku tidak berani melakukannya. "

Kau benar. Tapi aku akan bertaubat, "kata Firaun.

"Jangan tergesa-gesa begitu," pujuk Iblis laknatullah 'alaih, "Penduduk Mesir sudah menerimamu sebagai tuhan. Jika kau bertaubat, mereka akan meninggalkanmu, merangkul musuh-musuh kamu, dan menghancurkan kekuasaanmu, hingga kau tesungkur dalam kehinaan. "

"Kau benar," jawab Firaun, "Tapi, apakah kau tahu siapa penghuni muka bumi ini yang lebih buruk dari kita berdua?"

Kata Iblis, "Ya. Orang yang tidak mahu menerima permintaan maaf orang lain. Ia lebih buruk dariku dan darimu. "

Memang, perkara memaafkan tidak semudah membalikkan telapak tangan. Terlebih jika kesalahan yang dibuat demikian menyakitkannya hingga menjadi luka yang teramat pedih. Namun hal itu bukan menjadi alasan untuk seseorang tidak memaafkan kesalahan orang lain. Kerana ternyata Allah SWT akan membalas pemberi maaf dengan hal yang begitu istimewa.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkannya. Adakah ia berada dipihak yang benar ataukah yang salah, apabila tidak melakukan hal tersebut (memaafkan), nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat), "(HR Al-Hakim).

"Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas maka Allah memberinya maaf pada hari kesulitan," (HR Ath-Thabrani).

Waallahualam...

No comments

Powered by Blogger.