Inilah Lebuh Raya Atlantik Tercantik Dan Paling Bahaya Di Dunia


SEORANG pengguna Facebook dikenali Aji Yusop menerusi posting di laman sosial itu berkongsi video sebuah lebuh raya yang dibina sepanjang Lautan Atlantik.

Lebuh raya Atlantik atau dikenali dengan nama tempatan Atlanterhavsveien yang terletak di Norway itu menghubungkan beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Atlantik sejauh 8.3 kilometer.

Ia sebenarnya merupakan lebuh raya yang paling cantik dan bahaya di dunia.

Atlanterhavsveien mengambil masa selama lebih kurang enam tahun untuk disiapkan dan laluannya merangkumi lapan buah jambatan bagi menghubungkan pulau-pulau kecil yang terdapat di permukaan lautan Atlantik itu.

Ia siap dibina pada 1 Ogos 1983 namun mula dibuka kepada orang ramai pada 7 Julai 1989.

Selain keunikan dibina merentasi lautan Atlantik, lebuh raya ini juga terkenal mempunyai pemandangan paling cantik di dunia dan sering menjadi tumpuan pelancong untuk datang ke negara Norway.

Jika dilihat pada video yang dimuat naik itu, kelihatan beberapa kenderaan dilihat sanggup merentasi lebuh raya itu walaupun bakal berdepan ombak besar dan angin kencang serta jalan raya yang licin mampu mengundang bahaya buat mereka.

Malah beberapa pengunjung juga dilihat sedang menikmati deruan ombak dan merakam detik-detik indah berada di lebuh raya berkenaan. 

No comments

Powered by Blogger.