Inilah Dua Penyakit Berbahaya Umat Manusia Hampirnya Kiamat


Semua orang pon tahu kiamat sudah menjadi kepastian yang tidak dapat dielakkan dan akan berlaku tiba waktunya. Namun tidak ada waktu yang pasti pada bila-bila kiamat akan terjadi. Jangankan manusia biasa, malaikat dan para Nabi pun tidak pernah mengetahui perkara ini. Hanya Allah swt saja tang Maha Mengetahui lagi Maha Pencipta sekalian alam.

Namun Allah telah mengkhabarkan tentang tanda-tandanya di dalam Al-Quran. Sebelum kiamat, umat akan menjalani datu fasa yang disebut akhir zaman dan sekarang umat di dunia sedang alami fasa tersebut. Tidak hanya dari fizikal bumi yang kita tinggali, ciri-cirinya juga menyangkut perilaku dan tingkah laku manusia.

Melalui Nabi Muhammad SAW Allah SWT menggambarkan tempoh ini. Pada akhir zaman nanti, umat islam akan mengalami dua penyakit yang tidak terubat dan amat berbahaya lebih lagi dari virus-virus di dunia. Khabar buruknya, penyakit tersebut sudah mula terasa pada era kini. Apa penyakit itu? Mestivanda pon tidak tahu kan? Berikut ulasannya.


Dalam hadis sahih yang diriwayatkan Abu Daud Rasulullah SAW mengatakan, bahawa dua penyakit tersebut adalah cintakan dunia dan takutkan mati. Padahal saat itu jumlah Umat Islam begitu banyak. Namun dengan dua penyakit ini membuat lemah dan tidak berdaya ibarat buih-buih dilautan yang mudah pecah.

1. Cintakan Dunia

Sikap ini dirasai dengan besarnya cita-cita kita untuk mengejar dunia tanpa memikirkan tentang soal akhirat. Padahal sejatinya hidup di dunia ini hanya persinggahan sahaja. Namun kerana sikap ini membuat seseorang lupa mengumpulkan amalan baik sebagai bekalan untuk di akhiratnya yang nyata kehidupan kekal abadi.

Dari Tsauban Ra. berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda; "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya: "Apakah 'wahan' itu, hai Rasulullah?". Rasulullah menjawab: "Cinta dunia dan takut mati". (HR. Abu Daud).

Lihatlah dunia ketika ini yang sedang dilanda penyakit ini, berapa banyak orang tersangkut  dengan rasuah, berapa banyak orang terlibat menjual dadah dan juga pecah amanah dalam soal pekerjaan? Apa yang mereka kejar sebenarnya? Ya, wang, kekayaan, kekuasaan dan gila pangkat.

"Dosa merupakan urusan peribadi dan tanggungjawabku sendiri", jawapan ini mungkin saja pernah terdengar ketika ada orang lain yang menasihati. Mereka tidak pernah sedar, bahawa neraka jahannam itu begitu sangat pedih.

"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, Maka Sesungguhnya nerakalah tempat tinggal (nya). (Q.S An-Nazi'at: 37)

2. Takutkan Mati

Takutkan mati boleh saja membuat seseorang menjadi rajin mengumpulkan sebanyak mana amal sebagai bekalan. Namun pada konsep ini, takutkan mati yang dimaksudkan adalah orang-orang yang takut mati kerana lemahnya iman. Mereka menyedari kurangnya amal sehingga tidak mahu bertemu Allah melalui kematian. Mereka takut dengan kematian.

Dari Ibnu 'Umar, ia berkata, "Aku pernah bersama Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam, lalu seorang Anshor mendatangi beliau, ia memberi salam dan bertanya," Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik? "Beliau bersabda," Yang paling baik akhlaknya . "" Lalu mukmin manakah yang paling cerdas? ", ia kembali bertanya. Beliau bersabda, "Yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas." (HR. Ibnu Majah no. 4259. Hasan kata Syaikh Al Albani).

Dengan mengingat kematian, manusia akan mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Allah. Jika tahu bahawa ia akan berjumpa Allah kelak padahal ia akan ditanya tentang amalannya didunia, maka ia pasti akan mempersiapkan jawapan tersebut.

Bagaimana keadaan umat pada masa ini? Kematian menjadi hal yang sangat ditakuti. Lihat saja di dunia sekarang, hanya segelintir orang Islam yang berani mati di seperti ditunjukkan orang Palestin, Syria dan negara Islam tertindas lain. Masyaallah! Padahal Allah SWT memberi kepastian syurga dari untuk para syuhada yang membela agamanya.

Itu saja perkongsian saya kali ini. Ingat sekarang kita berada di akhir zaman yang pasti kita bakal alami satu peristiwa besar iaitu datangnya kiamat. Tapi bilakah ia akan berlaku, hanya Allah swt saja yang mengetahui.

No comments

Powered by Blogger.