Cara Untuk Mengelakkan Diri Anda Terkena Ilmu Pukau
Bagi mengelakkan diri daripada anda menjadi mangsa pukau, anda perlulah menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali yang secara tiba-tiba ingin rapat, di samping jangan mudah percaya kepada seseorang yang ingin meminta tolong daripada anda.
Jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan. Jika mendengar salam yang diberi oleh orang yang tidak dikenali, jangan dijawab dahulu dan jangan terus bertentang mata mereka.
Antara kaedah yang boleh diamalkan adalah berikut:
1- Berwuduk
Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita. Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita. Lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan berzikir sebagai benteng untuk diri.
2- Sentiasa Ingat Berdoa
Setiap kali keluar rumah jangan lupa baca doa di atas yang sewajarnya dan sentiasa menjaga solat sebagai perisai mukmin.
3- Amalkan Bacaan Ayat Kursi
Antara Beberapa kelebihan bacaan ayat Kursi:
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak , harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah swt.
4- Membaca Surah Al-Muawwizat
(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas)
Fadhilat Surah Al-Muawwizat:
Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan 'Surah Al-Muawwizat' adalah:
- Perlindungan / pendinding diri.
- Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
- Segala keperluan hidupnya akan disempurnakan dan sempurna.
- Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
- Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.
Untuk 'pendinding diri', amalkan membaca beberapa ayat suci al-Quran seperti surah Hud (ayat 57) setiap kali selepas solat fardu, surah Yassin (ayat 9), surah as-Soffat (ayat 6) dan surah Yunus (ayat 81 dan 83 ).
Wallahu a'lam... semoga anda sentiasa terpelihara oleh Allah swt. Aminn...
Post a Comment