Cara Mematikan Fungsi AutoPlay Video Pada Instagram


Instagram telah hadir dengan sokongan berkongsi video selama 15 saat pada hari ini, dan salah satu persoalan yang diterima kami adalah berkenaan dengan bagaimanakah untuk mematikan fungsi autoplay pada Instagram.

Perkara ini mungkin kerana ramai pengguna Instagram menggunakan aplikasi berkenaan untuk melihat gambar rakan-rakan sebelum ini, dan tidak menyukai apabila video dimainkan secara automatik. Pada masa yang sama, dengan mematikan sokongan autoplay, pengguna juga dapat menjimatkan penggunaan data pada peranti mereka.

Untuk mematikannya, pengguna hanya perlu ke laman Options yang boleh diakses melalui profil pengguna pada aplikasi Instagram untuk Android dan iOS, dan kemudiannya, untick pada bahagian Auto-Play Video.

Dengan membuatnya, video tidak lagi akan dimainkan secara automatik, dan hanya akan dimainkan apabila anda tap pada sesuatu video itu.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.