Azharina Menyerlah, Tiada Penyingkiran Minggu Pertama GV3
MINGGU pertama program pertandingan nyanyian melibatkan penyanyi profesional, Gegar Gavanza musim ketiga (GV3) semalam tidak melibatkan sebarang penyingkiran mana-mana peserta.
12 peserta masih lagi bertahan untuk merangkul kejuaraan GV3 yang mana pertandingan ini pernah dimenangi Ayai Ilusi pada musim pertama dan Siti Nordiana pada musim seterusnya.
Konsert pembuka tirai semalam mempamerkan kehebatan vokal kesemua peserta yang masih lagi berbisa.
Antara memberikan persembahan terbaik ialah Azharina Azhar yang menyampaikan lagu hitsnya, Elergi Sepi sehingga mendapat anugerah 'standing ovation'daripada juri tetap, Datuk Khatijah Ibrahim.
Selain itu, persembahan Siti Sarah yang mendendangkan lagu Jangan Kau Mimpidan Zarul Umbrella (Ramalanku Benar Belaka) turut mendapat pujian daripada barisan juri.
Selain mereka, antara penyanyi yang bertanding ialah Ameng (Sejiwa), G-Mie Screen (Tak Suka Tak Apa), Razis Ismail (Kepulangan), Brek (Semua Orang Tahu), Shidi Data (Permaisuri), Nora (Di Persimpangan Delima), Intan Sarafina (Kembali), Zur Eda (Lama Tak Jumpa) dan Elly Mazlein (Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan).
GV3 masih mengekalkan juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selain kemunculan juri jemputan semalam, Datuk Yusof Haslam.
Format pertandingan, peserta 100 peratus akan diadili oleh barisan juri.
Program yang mendapat tajaan Qu Puteh itu dihoskan pasangan pengacara popular, Jihan Muse dan Nabil Ahmad. - MYNEWSHUB.CC
Post a Comment