Apple Mula Memaparkan Iklan Untuk Carian Aplikasi Di App Store
Apple sebelum ini telah mengumumkan perancangan memperkenalkan sokongan pengiklanan pada App Store, sekaligus memudahkan lagi pembangun aplikasi memasarkan aplikasi mereka. Kini, sokongan pengiklanan tersebut mula diperkenalkan secara berperingkat, bermula dari Amerika Syarikat.
Kini, dengna penyertaan iklan ini, pengguna akan diperlihatkan dengan aplikasi yang diiklankan berdasarkan kepada kata kunci apabila anda membuat carian di App Store. Hanya satu iklan dipaparkan untuk pelanggan pada satu laman carian.
Seperti biasa, aplikasi yang diiklankan dilabelkan oleh Apple sebagai iklan. Dan ini turut boleh digunakan oleh pembangun dan syarikat untuk mempromosikan aplikasi mereka kepada pengguna awam secara lebih menyeluruh.
Selain daripada Apple, Google turut menawarkan pengiklanan pada Google Play Store, dan ia telah menjadi salah satu sumber pendapatan untuk mereka, disamping pada masa yang sama memudahkan proses promosi oleh para pembangun.
SUMBER RUJUKAN: The Verge
Post a Comment