Apple Mengesahkan 90% Aksesori Mereka Yang Dijual Di Amazon Adalah Palsu


Pembelian secara atas talian adalah amat mudah dan pantas. Pelbagai barangan boleh dibeli dengan hanya menekan beberapa butang di atas skrin tanpa pengguna perlu bangun dari kerusi. Tetapi masalah utama pembelian atas talian ialah keaslian produk yang dibeli.

Anda mungkin membayar lebih untuk produk yang sebenarnya berpotensi mendatangkan masalah kepada pengguna. Apple kini mengesahkan 90% aksesori yang dijual di Amazon adalah palsu.

Aksesori yang paling kerap dipalsukan ialah pengecas peranti pintar, kabel dan fon telinga. Menyedari bahaya yang mungkin melanda pengguna yang menggunakan produk palsu, Apple bertindak menyaman Mobile Star LLC dan 50 syarikat lain yang menjadi pengedar produk palsu di Amazon.

Mereka berhadapan saman $ 150000 (~ RM 626000) untuk setiap penyalahgunaan hak cipta dan $ 2 Juta (~ RM 8.35 Juta) untuk setiap penyalahgunaan tanda dagang. Kepada pengguna di luar sana sekiranya anda menemui aksesori Apple dijual pada harga yang terlalu murah untuk dipercayai, ia berkemungkinan besar produk palsu.

SUMBER: CNET

No comments

Powered by Blogger.