6 Tips Penjagaan Makanan Secara Sihat


Anda baru balik dari berjumpa doktor dan sangat kecewa sebab kolesterol anda tinggi? Anda susah hati lalu cepat-cepat meng'google 'untuk mencari penyelesaian pantas bagi menurunkan paras kolesterol anda.

Kata kuncinya di sini adalah kesabaran dan azam yang kuat untuk menukar tabiat buruk anda kepada gaya hidup lebih sihat bebas dari kolesterol jahat! Beberapa tips mudah dan pantas ini boleh membantu mengatasi masalah kolestrol tinggi dalam darah.

Apakah Itu Kolesterol Baik Dan Kolesterol Jahat?

Tubuh memerlukan kolesterol 'baik' untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolesterol LDL.

Kolesterol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolesterol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolesterol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.

6 Tips Penjagaan Makanan Secara Sihat

1. Sajian Makanan Untuk Kesihatan Jantung

Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 'potion' sehari untuk membantu mengatasi kolestrol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolesterol.

Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

2. Jika Sayangkan Jantung anda, Pandanglah Ke Laut

Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras 'trigylcerides' iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu melambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.

3. Mulakan Hari Anda Dengan Bijirin Oat

Semangkuk oat mempunyai serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga boleh membantu mengurangkan kolestrol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolesterol dengan cepat. Anda amat disyorkan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.

4. Lemak Tak Tepu Melindungi Jantung

Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam pemakanan pemakanan kita kira-kira 25 ke 35 peratus daripada kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolesterol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolesterol 'baik'. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolesterol 'jahat'.

5. Lebih Banyak Makanan Berserat Tetapi Berhati-hati Dengan Karbohidrat

Kita Memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, bijirin dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat daripada roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan.

6. Apa Yang Harus Dilakukan Ketika Makan Di Luar

Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk mengekalkan kadar pengambilan kolesterol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:

Pilih makanan yang dibakar, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.