5 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Oppo F1s


Oppo F1s sudah memasuki pasaran Malaysia sejak Ogos yang lalu. Ia mengekalkan keupayaan selfie F1 Plus tetapi pada harga yang lebih mampu milik. Kemampuannya tidak terhad kepada "pakar selfie" semata-mata.

Berikut ialah beberapa lagi perkara menarik yang mampu dilakukan oleh Oppo F1s:

1- Mengunci Aplikasi Dengan Cap Jari

Privasi ialah perkara yang amat penting bagi manusia yang hidup di abad ke-21. Alat pintar di dalam telapak tangan digunakan untuk melakukan perbankan, melayari internet, melakukan kerja dan merekod kehidupan seharian. Kesemua data yang terhasil kerap kali tidak mahu dikongsi dengan insan lain. Kami yakin anda pernah meminjam peranti kepada rakam dan mereka kemudian membuka aplikasi media tanpa kebenaran.

Dengan Oppo F1s, permohonan boleh dikunci bagi menghalang akses dari "rakan" seperti ini. Permohonan boleh dinyahkunci menggunakan imbasan cap jari.

2 -Kawalan Menggunakan Gerakan Jari

Fungsi kawalan gerakan jari (gesture) mempercepatkan proses melancarkan aplikasi. Melancarkan aplikasi dari talam aplikasi kerap kali memerlukan pengguna mengambil beberapa langkah tambahan. Sistem kawalan pergerakan jari Oppo F1s memendekkan proses ini.

Aplikasi kamera misalnya boleh dilancarkan dengan melakar huruf "O" terus pada skrin peranti yang terkunci. Terdapat pilihan untuk menetapkan sendiri sama ada aplikasi yang ingin dilancarkan dengan gerakan tertentu. Pada masa yang sama melakukan tatalan menggunakan tiga jari akan menangkap gambar paparan skrin. Ini hanya sebahagian kecil fungsi kawalan jari yang disokong F1s.

3- Dwi SIM Dan Kad MikroSD Berasingan

Terdapat banyak peranti dwi-SIM di pasaran sekarang. Ini dianggap fungsi standard bagi peranti di pasaran Asia sejak setahun kebelakangan ini. Malang sekali tidak semua peranti dengan sokongan dwi-SIM ini menyokong penggunaannya sepanjang masa. Bilangan peranti dengan talam SIM hibrid semakin meningkat dan tidak diiklankan dengan betuk.

SIM kedua dikongsi dengan kad MikroSD. Akibatnya pengguna terpaksa memilih untuk menggunakan dua SIM ataupun menambah storan peranti. Oppo F1s ialah sebuah peranti dwi-SIM sebenar. Dua slot untuk SIM bersaiz nano tidak berkongsi dengan talam untuk kad mikroSD.

4 - Long Screenshot

Berkongsi artikel di antara dua media sosial berbeza kini dilakukan dengan mengambil gambar paparan skrin atau lebih dikenali sebagai screenshot. Sudah menjadi kebiasaan artikel viral dari Facebook diambil gambarnya sebelum dikongsi semula ke WhatsApp ataupun twitter. Kerana artikel Facebook yang terlalu panjang, pengguna perlu mengambil beberapa gambar paparan skrin untuk mendapatkan cerita penuh.

Ini sedikit mengganggu dan sepatutnya terdapat cara yang lebih baik untuk ini dilakukan. Sokongan mengambil gambar paparan skrin yang lebih panjang disokong oleh Oppo F1s. Pengguna hanya perlu menekan butang kuasa dan butang menaikkan suara untuk mengaktifkan mod ini. Kini hanya satu gambar sudah mencukupi untuk setiap perkongsian

5- Ketahanan Bateri Yang Baik

Ketahanan bateri ialah antara faktor yang kini dianggap penting apabila melakukan pembelian peranti. Ramai di antara kita yang sudah mempunyai power bank namun akui sahaja membawanya keluar rumah adalah agak leceh. Tambah leceh ialah kadang kala kita terlupa untuk mengecasnya sebelum keluar rumah.

Hayat bateri yang baik ialah benteng pertama untuk mengelakkan penggunaan power bank. Dalam ujian selama beberapa minggu, secara purata bateri 3075 mAh . Oppo F1s dapat bertahan melebihi 14 jam pada pengguna biasa dengan skrin dipasang kira-kira enam jam setengah.

Ini hanyalah ciri-ciri menarik yang terdapat pada Oppo F1s . Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.