4 Tips Asas SEO Untuk Tingkatkan Trafik Blog Anda
4 Tips Asas SEO Untuk Tingkatkan Trafik Blog Anda|KEJAYAAN sebuah blog sebenarnya bergantung kepada jumlah pengunjungnya, oleh kerana itu setiap blogger inginkan blog mereka mendapat jumlah trafik dan pengunjung yang tinggi. Tu pon mengikut keadaan seseorang blogger melakukan jumlah entri artikel untuk tiap-tiap hari. Ramai yang berjaya jana beribu-ribu pageviews setiap hari dan lebih ramai blogger berhenti di tengah jalan kerana kecewa blog tiada pengunjung.
Mungkin kali ini first time bagi saya sharing mengenai tips blogging. Mungkin saya belum cukup bagus berbanding blogger lain untuk memberi tips blogging memandangkan saya pon masih mencari teknik SEO yang sebenar untuk tingkatkan kunjungan pelawat (pageviews) dari hari ke hari.
Kali ini saya akan memberi beberapa tips untuk meningkatkan jumlah trafik blog anda mengikut pengalaman yang saya dapat sepanjang saya menjadi seorang blogger.
Berikut adalah beberapa tips saya boleh kongsikan untuk tingkatkan jumlah trafik blog:
1-Amalkan teknik SEO dengan sempurna
Bagi saya teknik SEO amat penting dalam mencapai kejayaan sesebuah blog. SEO ialah singkatan kepada Search Engine Optimization yang merangkumi tajuk entri, permalink, meta description, backlinks dan keywords yang amat penting dalam memastikan entri anda berada di muka pertama Google. Bukan senang hendak berada di Top Rank mestilah mempunyai teknik SEO yang sempurna. Dengan cara ini dapat tingkatkan jumlah trafik blog anda sekaligus meningkatkan income anda menerusi Adsense, Innity dan Nuffnang.
Baca juga:
Cara Blog Tampil di Halaman Pertama Google
2-Entri yang menarik dan berkualiti
Keberkesanan setiap entri amat penting dalam sesebuah blog untuk mendapatkan jumlah trafik yang tinggi. Dengan wujudnya content yang menarik dan berkualiti tanpa adanya istilah copy paste ia membuatkan blog anda disukai oleh orang ramai. Contohnya, apa yang saya nampak, entri seperti tips, gaya hidup, hiburan terkini, dan isu semasa amat sesuai untuk anda untuk menambah jumlah trafik.
3-Kongsi entri di media sosial
Teknik ini adalah salah satu cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk menambah trafik blog anda. Contohnya anda boleh kongsikan entri anda di media sosial seperti Facebook, Twitter dan mana-mana forum. Bagi anda yang belum pernah kongsikan entri di media sosial, anda boleh cuba dari sekarang.
4-Teknik Keywords Yang Baik
Gunakan kata kunci yang boleh mendorong banyak click anda boleh dapat. Pastikan kata kunci itu terdapat pada tajuk, perenggan pertama, tengah dan akhir. Namun jangan sekali-kali terlebih menggunakannya kerana Google boleh mengesan taktik licik ini dan menendang entri anda dari laman carian. Keywords yang berkesan boleh menarik ramai pengunjung.
Baca juga:
Tips Mendapatkan Backlink Yang Berkualiti
Selamat mencuba! Untuk mengetahui lanjut mengenai teknik SEO yang berkesan anda boleh kunjungi blog seperti Hasrul Hassan, Hero Borneo dan Denaihati. Mereka ini lah pakar-pakar SEO .
Perkongsian yang menarik tuan..
ReplyDeleteBanyak yang perlu saya pelajari lagi..
Ikhlas Dari
Along Misuari
Sama2 tuan...sama2 kita pelajari..selalu singgah blog lokman yer
ReplyDeletetips yg banyak membantu sy dlm berblog..
ReplyDeleteterima kasih sgat2 :D