Tips Kuruskan Badan Guna Buah Epal dan Lemon


Kali ini saya akan kongsikan tips bagi anda yang ingin kurangkan berat tubuh badan sekaligus mempunyai tubuh badan yang cantik dan menawan. Tetapi, perlulah mempunyai semangat tinggi dan konsisten dalam ingin berat badan susut. Senang ja tips ini anda pon mesti ada yang tahu.

Berikut adalah:

1. Makan Epal Hijau atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, tidak boleh disulam dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

2. Makan pula buah Lemon atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan atau 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam, tetapi mempunyai kesan yang baik kepada tubuh badan anda. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan sedikit madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu sahaja. Insyaallah, ada usaha disitu pastinya akan berjaya. Kalau anda tidak percaya, try lah sendiri dirumah.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.