Sinopsis Drama Cinta Masam Manis (TV3)
Orangetree Production Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri terbaharu berjudul 'Cinta Masam Manis' untuk slot Akasia TV3. Drama sebanyak 24 episod ini diarahkan oleh pengarah tersohor Eoon Shuhaini. Mengandingkan Zamarul Hisham dan Izara Aishah sebagai tonggak utama. Turut dibintangi oleh Raja Ilya, Sweet Farhanna, Shah Jaszle, Nur Alis Maria dan ramai lagi. Drama ini sudah boleh di tonton melalui portal tonton.com.my dan akan ditayangkan di kaca televisyen pada bulan September ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3.
JUDUL : CINTA MASAM MANIS
EPISOD : 24 Episod
TARIKH TAYANGAN : 29 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Syaffiq Sahli, Ku Faridah, Mimi Ernida, Nu'man Salleh, Erry Putra, Tash Yong
WATAK PELAKON
Zamarul Hisham sebagai Johan
Izara Aishah sebagai Sarah
Raja Ilya sebagai Tasya
Sweet Farhanna sebagai Hanna
Nur Alis Maria sebagai Hanis
Shah Jaszle sebagai Erman
Rahim Omar sebagai Dato Mahmud
Wan Nur Azlin sebagai Faridah
LAGU TEMA / OST CINTA MASAM MANIS
Lagu : Hingga Ke Jannah
Penyanyi : KRU
SINOPSIS CINTA MASAM MANIS
Mengisahkan Hisham seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha. Zaleha adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri.
Apabila Hisham memperkenalkan Zaleha kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Zaleha hanya mengejar kekayaan ayahnya. Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri.
Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Zaleha, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Zaleha dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Hisham. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Hisham dan Zaleha.
Sumber: myinfotaip.com
Post a Comment