Penyanyi Aiman Tino Masih Jual Char Kuew Teow, Bantu Keluarga
PENYANYI Aiman Tino, 18, dahulunya merupakan seorang penjual char kuew teow kini berjaya menjadi perhatian menerusi lagu pertamanya, Ku Rela Dibenci.
Menurut Aiman, walaupun sudah mendapat tempat di hati peminat, dia masih lagi menjual char kuew teow tanpa rasa malu kerana mahu membantu keluarganya.
“Lepas habis sekolah saya membantu ayah di restoran Asam Pedas di Dataran Kuala Kubu Bharu yang dimiliki oleh ayah saya dengan membuat char kuew teow dan nasi lemak.
“Ini memang sudah menjadi sumber rezeki kami sekeluarga dan saya tetap akan membantu ayah saya jika tiada sebarang persembahan.
“Saya tak merasa malu dengan pekerjaan itu dan gembira kerana ramai peminat yang datang untuk bergambar,” katanya kepada mStar Online.
Aiman juga meluahkan rasa syukurnya kerana lagu ciptaan ayahnya, Yusri Ismail, mendapat sambutan sehingga mencecah lebih 13 juta tontonan di YouTube.
Tambahnya, dia dan ayahnya tidak pernah terfikir lagu tersebut akan menjadi popular dan menerima sambutan yang luar biasa daripada pendengar.
Post a Comment