‘Nodpod’ Bakal Buat Anda Tidur Lena Di Dalam Kapal Terbang

               A new travel pillow called the NodPod acts like a hammock for your head 
Pernah tak anda rasa sakit di bahagian leher semasa tidur dalam perjalanan jangka masa panjang? Tidak kiralah samada di dalam kereta ataupun kapal terbang. Akhirnya anda tidak boleh tidur dengan lena dan mula rasa stress!

Itu perkara normal, untuk tidur lena dalam posisi 90 darjah memang susah. Tetapi jangan risau, dengan bantuan alat ini anda pasti boleh tidur dengan lena dan selesa walaupun dalam keadaan duduk.

Memperkenalkan Nodpod, bantal praktikal yang akan membantu anda tidur dengan selesa sambil duduk. Nodpod memang direka khas untuk menyelesaikan masalah tidur sambil duduk. Nodpod merupakan bantal untuk dagu anda yang boleh digunakan pada mana-mana kerusi tidak kira di dalam bas, kereta atau kapal terbang.

Permukaannya yang lembut membuatkan anda rasa selesa seperti tidur di atas bantal empuk, tiada lagi masalah untuk tidur. Dengan Nodpod, anda tidak perlu risau masalah sakit leher mahupun takut kepala terjatuh ke kiri atau kanan.

Menggunakan Nodpod ketika berada di dalam kapal terbang adalah idea yang sangat bijak, anda boleh tidur dengan selesa tanpa menggangu orang di belakang. Tapi pastikan anda tidak berdengkur.

Jika anda berminat untuk memilikinya, Nodpod dijual pada harga $25 usd seunit. Buat masa sekarang Nodpod hanya boleh dibeli melalui online di laman Kickstrater untuk keluar batch pertama produk ini.

Lihat bagaimana kemampuan Nodpod jadikan tidur anda lebih selesa menerusi video dibawah.

Nodpod

Sumber: DAILY MAIL

No comments

Powered by Blogger.